Featured Video

Monday, March 23, 2009

HARI MESRA PTAR BERSAMA FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR akan mengadakan HARI MESRA PTAR BERSAMA FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN 2009 pada ketetapan seperti berikut :-

TARIKH : 26 & 27 MAC 2009
MASA : 9.00 am - 5.00 pm
LOKASI : Ruang Legar, PTAR 2, UiTM Malaysia


Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti yang tertera di POSTER yang dilampirkan. PTAR juga mengalu-alukan kehadiran Fakulti Undang-undang kerana terdapat Klinik Pangkalan Data LEXIS-NEXIS yang mengandungi maklumat berkaitan perundangan dan umum.Walaubagaimanapun, bagi pemilihan buku FPU, tuan / puan akan dijemput untuk menyertai PAMERAN BUKU ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR.

Pihak PTAR amat berbesar hati untuk menjemput tuan / puan bersama-sama menyertai serta memeriahkan program ini di samping memperolehi manfaat daripada aktiviti yang akan diadakan.

Semoga program ini dapat menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara pihak FAKULTI dan PTAR.

PTAR @ YOUR SERVICE


b/p Tuan Hj. Haron Wee Ah Boo
Ketua Pustakawan PTAR

Tuesday, March 17, 2009

PTAR Memperolehi Persijilan ISO 9001:2008



PTAR mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh warga PTAR dan warga PUiTM Negeri atas kejayaan mengekalkan AUDIT BERSIH dan sekaligus memperolehi Persijilan ISO 9001:2008.

Syukur, Alhamdulillah Perpustakaan UiTM telah berjaya melepasi Audit Persijilan Semula 9001:2008 dengan AUDIT BERSIH di kelima-lima lokasi PUiTM iaitu di Perpustakaan Tun Abdul Razak, PUiTM Johor, PUiTM Pahang, PUiTM Pulau Pinang dan PUiTM Perlis sebagai mewakili keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan UiTM dari tarikh 3 hingga 17 Mac 2009 yang lalu.


Sehubungan itu, pihak Unit Pengurusan Kualiti, PTAR mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga PTAR dan warga PUiTM Negeri atas kejayaan mengekalkan AUDIT BERSIH dan sekaligus memperolehi Persijilan ISO 9001:2008.

Di kesempatan ini juga, pihak Unit Pengurusan Kualiti, PTAR merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PTAR serta warga PUiTM Negeri yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa proses pengauditan dibuat. Semoga segala bantuan, kerjasama dan sokongan sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan kebaikan yang berlipat ganda.




Monday, March 16, 2009

Majlis Pelancaran Showcase UiTM



Pelancaran Showcase UiTM oleh Y.Bhg Dato' Seri Naib Canselor akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 Mac 2009 (Isnin)
Masa : 2.30 ptg - 4.00ptg
Tempat : PTAR 1 ( ruang depan galeri PTAR )

)