Featured Video

Saturday, June 20, 2009

LATIHAN PENGGUNAAN PANGKALAN DATA GLOBAL MARKET INFORMATION DATABASE (GMID)

Tuan & Puan yang dihormati sekalian,

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN PENGGUNAAN PANGKALAN DATA GLOBAL MARKET INFORMATION DATABASE (GMID)

Dengan segala hormatnya tuan & puan dijemput untuk menghadiri sesi latihan penggunaan pangkalan data Global Market Information Database (GMID). Butiran sesi latihan adalah seperti di bawah ini :

Tarikh : 23 Jun 2009
Hari : Selasa
Masa : 3.30 pm - 4.45 pm
Tempat : Sudut IT, PTAR 1
Jemputan : Pustakawan PTAR & Pensyarah
Penceramah & Fasilitator : Cik Nadira Mohsin, Syarikat Euromonitor International.

Bahagian Perolehan Jurnal & Pangkalan Data amat mengalu-alukan kehadiran tuan & puan sekalian ke sesi latihan ini bagi membantu mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran tuan & puan dalam penggunaan pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan.

Sekian, kehadiran dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Hani Liza Hj. Norfin
Pustakawan
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR
e.mail : hani@salam.uitm.edu.my

No. Tel : 03-5544 3727
No. Fax : 03-5544 3730

Tuesday, June 16, 2009

Trial Access to CRCNetBase (eBook) & Oxford Islamic Studies (Encyclopedia)

Assalamualaikum...wbt.
Dear all,

Trial Access to CRCNetBase (eBook) & Oxford Islamic Studies (Encyclopedia)
Please be informed that CRC Press & Oxford University Press has give us the opportunity to review it CRCNetBase & Oxford Islamic Studies and can be accessed via links as below:





URL:
http://www.scitechnetbase.com
Trial period : 11 Jun - 31 Julai 2009
List of titles: http://www.scitechnetbase.com/ejournals/product_info/all-book-titles.asp
4996 titles in all subject.
*Access within UiTM campuses only.

AND




URL: www.oxfordislamicstudies.com.
Trial period : 11 Jun - 31 Julai 2009


Encompassing over 3,500 A-Z reference entries, chapters from scholarly and introductory works, Qur'anic materials, primary sources, images, maps, and timelines.

*Access within UiTM campuses only.

Or :
http://www.library.uitm.edu.my/
> klik link eBooks


Access is available online within Shah Alam campus area including other UiTM campuses.

Please take this opportunity to review the database and give us your recommendations or feedback.

Your cooperation onthe above is much appreciated.
Thank you.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan/ Puan,

Percubaan Pangkalan CRCNetBase (eBook) & Oxford Islamic Studies (Encyclopedia)

Dimaklumkan bahawa pihak CRC Press & Oxford University Press telah memberi akses percubaan ke pangkalan data CRCNetBase & Oxford Islamic Studies, Akses boleh dibuat melalui:

URL:
http://www.scitechnetbase.com
Tempoh Percubaan : 11 Jun - 31 Julai 2009
Senarai tajuk : http://www.scitechnetbase.com/ejournals/product_info/all-book-titles.asp


DAN
URL:
www.oxfordislamicstudies.com.
Tempoh Percubaan : 11 Jun - 31 Julai 2009

atau
http://www.library.uitm.edu.my/ > klik link eBooks


Trial akses boleh dibuat secara online dalam kampus UiTM sahaja termasuk cawangan.


Diharap pihak tuan/ puan dapat membuat pemerhatian terhadap bahan-bahan yang di sediakan dan seterusnya memberikan maklumbalas kepada kami.


Mohon kerjasama pihak tuan/puan maklumkan perkara ini kepada pelanggan/ pensyarah di perpustakaan/fakulti masing-masing.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

BAHRONI MOOJEE
Bahagian Perolehan Bahan (BPB)
Perpustakaan Tun Abd Razak (PTAR1)
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.
Tel : +603 -5521 1702
Fax : +603 -5544 3730
Email : bahroni@salam.uitm.edu.my

Monday, June 15, 2009

5S PTAR 2009 "Sihat & Cergas"

Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
Untuk makluman warga PTAR, Biro Latihan Jawatankuasa Induk 5S PTAR akan menganjurkan program 5S PTAR 2009 "Sihat & Cergas" pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 16 Jun 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dataran Menara SAAS & Bilik Pantry, PTAR 1
Aktiviti : Program Senamrobik & Aktiviti Gotong Royong PTAR

Aturcara:

8.00 am - Pendaftaran staf PTAR
(di ruang legar hadapan Galeri )
8.25am - Bacaan Doa
8.30 am - Acara Senamrobik
9.30am - Sarapan Pagi
10.00 am – 1.00 tghari - Aktiviti gotong royong (pembersihan kawasan ruang kerja)

Oleh yang demikian, kehadiran seluruh warga PTAR adalah DIWAJIBKAN. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang bertugas di kaunter perkhidmatan, menduduki peperiksaan jabatan dan staf yang sedang berkursus.

NOTA :
1) Setiap Jabatan/Bahagian diminta menghantar SEORANG WAKIL bagi mengambil sarapan pagi & makanan tengahari berbungkus yang telah disediakan oleh pihak AJK
2) Plastik sampah hitam akan diagihkan kepada semua bahagian. Peralatan tambahan (cth: kain buruk, penyapu, mop, ..etc.) perlulah dibawa oleh bahagian masing-masing)
3) Mohon kerjasama semua staf memakai pakaian sukan bertemakan warna MERAH & OREN.
4) Ketua Kumpulan 5S hendaklah memastikan penglibatan serta kehadiran setiap ahli kumpulan sepanjang program ini berjalan.

Kerjasama serta penglibatan warga PTAR amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.