Featured Video

Thursday, January 28, 2010

Minggu Pelaburan PNB ASNB Dengan Usahasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, PTAR

Sukacita dimaklumkan bahawa PNB/ASNB dengan kerjasama PTAR UiTM Shah Alam akan mengadakan Pameran Minggu Pelaburan seperti ketetapan berikut:


Tarikh: 1 Februari 2010 sehingga 5 Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Aras 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam


Objektif Pameran ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang Pengurusan tentang Pengurusan Kewangan dan juga Pengenalan kepada Produk ASNB.

Pelbagai Aktiviti Menarik akan dijalankan sepanjang Pameran berlansung seperti:
(Semua Aktiviti adalah bertempat di Aras 2, PTAR1)


i) Kaunter PNB/ASNB- Pendaftaran Ahli Baru (Terbuka kepada sesiapa yang ingin membuka Akaun) :-
Skim Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Nasional 2, Amanah Saham Nasional 3 Imbang,
Amanah Saham Gemilang, Skim Amanah Saham Bumiputera, Amanah Saham Wawasan 2020,
Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham 1Malaysia
ii) Kaunter Khidmat Nasihat & Rujukan Perancangan Kewangan
iii) Taklimat/Ceramah Perancangan Kewangan & Produk (Terbuka kepada semua Warga UiTM)
iii) Cabutan Hadiah Kuiz Ilmu Pelaburan & Perancangan Kewangan



Untuk makluman tuan/puan, Pihak PNB/ASNB juga berbesar hati untuk menyerahkan Buku Amanah Saham 1 Malaysia yang bernilai RM100 kepada Para Pelajar UiTM Kemasukan Sesi 20094, Sepenuh Masa, Ijazah Sarjana Muda daripada beberapa fakulti yang telah disenarai pendek seperti :
Fakulti AS, BM, LG(APB), HM, AD, LW, AC, CS, MC dan EC, EM dan E.


**Para Pelajar perlu membawa 1 salinan kad pengenalan untuk mengambil buku tersebut.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah dijemput hadir untuk memeriahkan lagi program ini.
Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang disediakan.

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/





PRODUK ASNB



http://www.asnb.com.my/



Wednesday, January 20, 2010

Gangguan capaian ke Pangkalan data IEEE Xplore 21 - 22 Jan 2010



Tuan/puan,
Ingin dimaklumkan bahawa terdapat gangguan akses terhadap capaian ke pangkalan data IEEE Xplore disebabkan oleh proses menaiktaraf sistem lama ke sistem yang baru. Gangguan ini dijangka mengambil masa selama 48 jam bermula pada hari ini 21 Jan 2010.
Sila maklumkan perkara ini kepada pengguna di perpustakaan masing-masing.
Maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi.
Sekian, untuk makluman tuan/puan.

Hani Liza Hj. Norfin

Pustakawan
Bahagian Perolehan Jurnal dan Pangkalan Data
Perpustakaan Tun Abdul Razak
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR

Program Sokongan Penyelidikan Untuk Penyelidik Muda




Event: Program Sokongan Penyelidikan Untuk Penyelidik Muda
Date: 20 & 21 Januari 2010
Time : 2 days
Venue: Bilik Seminar & Pusat IT,
Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam
Organise by : IPSis , JSP PTAR

Friday, January 15, 2010

Invention, Innovation & Design 2010 (IID 2010)

SHAH ALAM 14 Jan. - Kumpulan KIK e-WAVE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya memperolehi Anugerah Khas Timbalan Naib Cancelor dalam Invention, Innovation & Design (IID) 2010 dimana upacara penyampaiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri, MOSTI bagi anugerah khas manakala penyampaian pingat emas yang lain disempurnakan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, UiTM.


Manakala Kumpulan KIK SOVLE telah memenagi pingat gangsa.

Alat pengesan virus cirit-birit 'RoNo Quick' ciptaan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Zuridah Hassan menggondol dua anugerah pada Majlis Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk (IID) 2010 yang berlangsung di kampus UiTM di sini hari ini.

Dua anugerah itu ialah Anugerah Utama IID 2010 dan Anugerah Berlian Kategori Staf.

Kejayaan itu membolehkan Zuridah yang bertugas di kampus UiTM cawangan Puncak Alam membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, piala iringan dan sijil.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dengan disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Monday, January 4, 2010

Islamic Finance News (IFN)

Islamic Finance News (IFN)
Description : Islamic Finance news is the leading, capital market focused publication, bringing unrivalled editorial coverage of the global Islamic financing market. Islamic Finance news covers all realms of Islamic finance, providing professionals around the globe with a vehicle to educate and understand the market, the players, the individuals and perhaps more importantly, the benefits over, and comparatives with, the conventional capital markets banking system.

Publisher : RedMoney
Availability : Shah Alam campus & All branches
Access : Login ID & Password is required for on/off campus access

Makluman bahawa mulai 4 JAN 2010 akses Islamic Finance News (IFN) melalui EZ proxy sudah boleh digunakan melalui ezaccess http://ezaccess.library.uitm.edu.my/ tapi mesti menggunkan login & password IFN yang boleh diperolehi dari :
Meja rujukan/Reference Desk (Tun Abdul Razak Library) Tel : 03-5544 3714 atau
Faculty Liaision Officer/PEGAWAI PERHUBUNGAN PERUSTAKAAN (PPP)
http://www.library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=138&Itemid=142


http://ezaccess.library.uitm.edu.my/




http://www.islamicfinancenews.com.ezaccess.library.uitm.edu.my/index.asp