Featured Video

Thursday, April 22, 2010

Penutupan Server Laman Web Perpustakaan

Untuk makluman, server Web Perpustakaan UiTM yang berada di Pusat Sistem Maklumat Bersepadu akan di pindahkan ke tempat baru yang akan dilaksanakan pada 23 April (Jumaat) - 25 April (Ahad) . Dalam tempoh tersebut mungkin terdapat gangguan capaian untuk ke Laman Web Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Perpustakaan Cawangan. Namun Portal PTAR (Digital Library) http://www.ptar.uitm.edu.my/ dan portal Ezproxy http://ezaccess.library.uitm.edu.my masih boleh di akses seperti biasa manakala untuk pelajar yang ingin mengakses exam paper sila ke laman web http://koleksi.uitm.edu.my/eqps . Laman Web Perpustaakan akan beroperasi sepenuhnya pada hari Isnin 26 April 2010. Segala kesulitan amat dikesali.
Untuk makluman lanjut sila layari di http://psmb.uitm.edu.my/blog/?p=183

Monday, April 12, 2010

ISI Thomson Reuters Talk

ISI Thomson Reuters Talk
@ Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM
50 seats ONLY

Friday, April 9, 2010

Important update for SciFinder customers using an EZproxy connection versions 5.0, 5.1, or 5.2

Salam semua

Merujuk kepada email "SciFinder Info" bagi makluman semua, EZproxy latest version EZproxy 5.2 , we are using EZproxy 5.1b GA oleh itu kemungkinan besar kita juga perlu "aware of compatibility issues for access SciFinder via our http://ezaccess.library.uitm.edu.my",

Kita mohon sekiranya terdapat aduan pelanggan yang ada masalah mengakses/mencapai SciFinder dapat "capture"/ Print screen masalah yang dipaparkan tersebut dan emailkan kepada kami bagi tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

Kami di Unit Web, JPSTM akan merujuk perkara ini kepada pihak Pembekal bagi bantuan, di CAS 800-753-4227 atau kami akan emailkan ke ssd[at]cas.org.

Sekian harap maklum

Ahmad Faizar Jaafar
Pustakawan ( Ketua Unit e-Komponen & Web)
Jabatan Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat, PTAR
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor. Malaysia
Email: faizar[at]salam.uitm.edu.my
Fax: 603-55443730
Tel: 603-55443731
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dear Key Contact,
If your university uses EZproxy versions 5.0, 5.1, or 5.2 to access SciFinder, please be aware of compatibility issues. Otherwise, disregard this message.
Please note all other versions of EZproxy are compatible with SciFinder.
If you are experiencing compatibility issues, please contact CAS immediately at 800-753-4227 (select option 4) or at ssd[at]cas.org.
CAS sincerely apologizes for any inconvenience this may have caused, and we are committed to ensuring you reach a resolution.
Thank you,
Craig Stephens
Vice President, Sales
"SciFinder Info"
09/04/2010 04:50 AM

Wednesday, April 7, 2010

Bengkel Metadata, RDA dan Hyperlink PUiTM 5- 7 April 2010

Bengkel Metadata, RDA dan Hyperlink PUiTM 5- 7 April  2010


Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal (BPBPT), Perpustakaan Tun Abdul Razak akan menganjurkan Bengkel Metadata, RDA & "Hyperlink" PUiTM 2010.


Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat bagi mempertingkatkan kualiti rekod Perpustakaan UiTM agar memenuhi piawaian antarabangsa.


Bengkel Metadata, RDA & Hyperlink PUiTM 2010 telah bejalan dengan jayanya.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta kerasa sudi datang serta memberi kerjasama baik sepanjang bengkel ini dijalankan.


Jutaan terima kasih juga dikalung buat para penceramah yang sudi datang serta membentang kertas kerja mereka untuk dikongsi bersama.


Foto-foto Bengkel (hosting by Facebook)
Atucara Majlis
Nota penceramah
(sedang di kemaskini)






















Thursday, April 1, 2010

Bengkel Pindaan Dokumen ISO PUiTM 2010 - Perpustakaan UiTM


Tarikh : 31 Mac 2010 - 1 April 2010
Masa : 8.00 pagi -5 petang
Tempat : Bilik Seminar, PTAR 1
Anjuran : Unit Kualiti PTAR
Moderator : Pn. Noomala Maaroff, En. Hamidi Mohd Jais, Junaida Kamaruddin & Cik Zalifah Awang Zakaria


Bengkel ini merupakan platform bagi setiap Pegawai Dokumen Terkawal mengemaskini serta meminda mana-mana maklumat yang perlu diubah mengikut kesesuaian bahagian / jabatan. Di dalam bengkel 2 hari ini, dokumen kualiti yang terlibat adalah Arahan Kerja (AK)

Bahagian BPBPT terdapat terdapat 3 arahan kerja (AK) iaitu :
  1. Arahan Kerja Pengkatalogan Salinan (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.01)
  2. Arahan Kerja Pengkatalogan Asal (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.02)
  3. Arahan Kerja Pengkatalogan Duplikasi (AK.UITM.PRP/BPBPT/.02-01.03)
Tujuan:
Bagi memberi garispanduan bagi memastikan dokumen dan rekod yang diperlukan dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Perpustakaan UiTM adalah diselenggara dan terkawal