Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data, PTAR akan menganjurkan Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM pada 28-29 Jun 2010 (Isnin & Selasa).
Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) mempelajari lebih tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, tuan/puan juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data.
Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream, LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Trainer adalah di kalangan pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut memberikan taklimat dan latihan nanti ialah Pustakawan PTAR sendiri.
Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & Reference Librarian .
Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
4. Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.
5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .
Jabatan Pengurusan Jurnal & Pangkalan Data, PTAR telah menganjurkan Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM pada 28-29 Jun 2010 (Isnin & Selasa).
Penganjuran kursus ini adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para Pustakawan Shah Alam & Cawangan (terpilih sahaja) mempelajari lebih tentang fungsi, peranan dan penggunaan beberapa pangkalan data terpilih. Selain itu, tuan/puan juga dapat bertemu secara langsung dengan para pembekal Pangkalan data.
Kaedah kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Beberapa pangkalan data telah dipilih bagi mengisi program kursus iaitu pangkalan data Scopus, ISI Web of Knowledge, Datastream, LexisNexis Academic Universe dan IGI ebooks. Trainer adalah di kalangan pembekal produk seperti Elsevier, Thomson Reuters dan Access Dunia. Turut memberikan taklimat dan latihan nanti ialah Pustakawan PTAR sendiri.
Sasaran peserta kursus adalah kepada Serials & Reference Librarian .
Berikut adalah Objektif penganjuran kursus :
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
4. Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber elektronik.
5. Membina keyakinan diri dalam membimbing pelanggan supaya mampu menggunakan bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari .
Pada hari tersebut juga dilancarkan Antaramuka Laman Web Online Database baru 2010 yang lebih ringkas dan mudah untuk digunakan oleh pengguna
Sempena Fetival Sains Teknologi dan Inovasi Selangor 2010 (Fesstis 10) yang berlangsung di Kompleks PKNS bermula 11 - 13 Jun 2010, kumpulan KIK eWave dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM telah mendapat tempat ketiga bagi Peringkat Penciptaan Kegunaan Awam dalam Anugerah Inovasi Selangor 2010.
Festival yang bertemakan 'Rakyat kreatif Selangor Inovatif' ini telah menarik ramai pencipta inovasi. Objektif penganjuran FesSTIS'10 pada kali ini adlah untuk meningkatkan kreativiti para belia Selangor bagi menghasilkan produk lebih bermutu yang dapat dikomersilkan di peringkat tertinggi.
Informasi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara lebih dekat dan efektif. Menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri ICT (Information & Communication Technology) terulung di Malaysia seterusnya menyumbang kepada kadar pertumbuhan ekonomi negeri.
Sempena pameran FesSTIS 2010 di PKNS , Shah Alam , Selangor, kumpulan e-WAVE telah diwakili oleh En Azmir bagi sesi temuramah bersama WebTV Selangor
Kejohanan Futsal Kelab Putra 2010 baru saja selesai semalam berjalan dalam keadaan baik memdapat sambutan yang amat baik dari warga perpustakaan tidak kira status jawatan termasuk pengawai pustakawan, penolong pengawai sistem maklumat,pembantu perpustakaan biasa,tinggi dan kanan, pembantu peberbitan,pembantu pemuliharaan biasa dan kanan ,jurureknik serta pembantu am pejabat dari setiap bahagian PTAR terlibat menjayakan kejohanan tersebut. Semoga kejohanan seumpama ini menjadi satu akitiviti kelender tahunan Kelab Putra .
JOHAN = ZON 1 (Kiraan jaringan gol lebih )
NAIB JOHAN = ZON 3
KETIGA = ZON 4
KEEMPAT = ZON 2
Bagi pihak urusetia dan kawan-kawan memohon maaf sekiranya terdapat kekuranagn semasa menjayakan program dan juga mengucap ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk para penyokong pasukan.
Mungkin lepas ini para-para kemeraman bolehlah keluarkan gambar atau video asik-asik menarik sepanjang kejohanan