Featured Video

Friday, July 30, 2010

Hari Mesra PTAR 2010








































Hari Mesra PTAR 2010
telah diadakan pada 3 Ogos - 4 Ogos 2010 ini bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, Shah Alam. Dengan bertemakan “Mesra@PTAR”, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan mendekatkan pelanggan dengan pihak perpustakaan. Setiap bahagian di perpustakaan akan menyediakan maklumat di booth masing-masing bagi memperkenalkan fungsi utama mereka kepada pelanggan UiTM. Antara aktiviti menarik yang bakal menemui warga UiTM adalah:

Ceramah How to get you book published
Ceramah Understanding The Book Industry and Introduction Book Selling
Pesta Buku
Klinik Pangkalan Data Dalam Talian
Aktiviti Bersama Pengunjung (Siapa Cekap & Cepat, Roda Ilmu, Info Hunt)
Aktiviti bersama Kanak-Kanak Tadika dan Sekolah Rendah
Nasyid oleh Rumah Penyayang Ar-Raudah dan banyak lagi...


Pengunjung yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan cepat akan menerima hadiah yang menarik. Semua aktiviti ini  berlangsung bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang.






















Tuesday, July 27, 2010

Kursus Asas Penjilidan 2010



Unit Jilid PTAR 1 telah mengadakan Kursus Asas Penjilidan selama 3 hari bermula dari 26 hingga 28 Julai 2010 untuk staf Pembantu Pemuliharaan, Pembantu Perpustakaan dan Pembantu Am Pejabat seramai 13 staf.
A           SENARAI NAMA STAF KURSUS ASAS PENJILIDAN 
BIL
NAMA STAF
KAMPUS
1
 EN. HIBATUR RAHMAN BIN JAMALUDIN
PERAK
2
EN. MOHAMMAD AMEERUL BIN MOHD ISA
PERAK
3
CIK NOOR FARIDATULAKHMA BT ABU BAKAR
PERAK
4
EN. ADINO BIN ADNAN
SABAH
5
EN. MOHD RAFAHI BIN ZAINAL
NEGERI SEMBILAN
6
 PN HALIMAH BT MOHD ZAHARI
NEGERI SEMBILAN
7
EN. MOHD MOHSIM BIN OTHMAN
PERLIS
8
PN. NURUL ASHIQIN BT MANSOR
MELAKA
9
EN. MOHD FRIDAUS MD.ISA
INTEC
10
EN. MOHAMMAD HAZWAN BIN MD BAKARI
SELAYANG
11
EN. MOHAMAD HAMYASHA BIN YUSOF
TERENGGANU
12
 EN. MOHD RAHIMEE BIN MOHD RAMLI
TERENGGANU
13
 CIK WAN FADHILAH MOHD YUSUF
SHAH ALAM
B.  KANDUNGAN KURSUS MATAPELAJARAN TEORI
a.            Alat-alat dalam unit penjilidan
b.            Kelengkapan dalam unit penjilidan
c.            Mesin-mesin dalam unit penjilidan
d.            Istilah penjilidan
e.            Melukis rajah buku dan bahagian-bahagiannya
STYLES (JENIS) PENJILIDANa.            Jilidan (Hard cover)b.            Jilidan (Soft cover)c.            Jilidan (Cut-flush)d.            Loose leaf cover
TEORI
a.            Teori Hard-cover
b.            Teori Soft cover
c.            Teori Cut-flush
d.            Loose leaf cover
AMALI
a.            Jilidan baru
b.            Jilidan semula
c.            Soft cover
d.            Cut flush
e.            Loose Leaf cover
JAHITAN a.            Side stitchb.            Saddle stitchc.            Over casting
UJIAN TEORI PENJILIDAN
a.            16 soalan objetif mengenai asas penjilidan.

UJIAN AMALI
a.            Cut Flush
b.            Hard cover (Full bound)
 
 
TENAGA PENGAJAR
Sepanjang kursus dua orang Pembantu Pemuliharaan Kanan telah mengajar secara teori dan amali.
Pengajar: Tuan Hj Ahmad Anwal Ali.                  
En. Azman Sharan
KEDATANGAN PESERTA

Peserta hadir sehingga tamat kursus iaitu bermula pada 9.00 pagi hingga 5.00 petang
LAPORAN KURSUS
Peserta menghadiri kursus dengan penuh minat.  Sepanjang kursus berjalan peserta telah membuat catitan tentang matapelajaran yang diberi.  Peserta kursus membuat latihan amali dengan penuh teliti dan mengerjakan latihan amali mengikut kaedah dan sistem asas penjilidan buku.

Di akhir kursus peserta telah diberi ujian teori dan amali berpandukan pada pelajaran asas penjilidan buku yang diberi selama 3 hari.  Keputusan ujian memuaskan dan boleh diberi tugas membuat kerja-kerja penjilidan di peringkat asas di Unit Jilid Perpustakaan.






Wednesday, July 21, 2010

LATIHAN PENGENDALIAN 'REFERENCE DESK REPORT SYSTEM' (RDRS) MEJA RUJUKAN

Sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengurusan Maklumat akan mengadakan sesi latihan pengendalian sistem RDRS yang digunakan di Meja Rujukan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 22 Julai 2010
Masa  : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Lokasi: Pusat IT 2, PTAR 1
Peserta latihan ini adalah terdiri dari Pustakawan S41 dan S44 yang bertugas di Meja Rujukan semasa waktu rehat (12.15pm@1.00pm-2.00pm) dan bertugas malam 5.00pm-10.00@11.00pm). Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan Pustakawan yang bertugas di Meja Rujukan di dalam mengendalikan sistem RDRS ini serta memberi peluang kepada semua Pustakawan yang terlibat mengemukakan persoalan dan pandangan mengenai sistem ini. Bersama-sama ini disertakan senarai peserta dan tentatif program untuk sesi latihan tersebut
Bersama-samalah kita memanafaatkan peluang yang ada bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan PTAR.

ATURCARA (22 JULAI 2010)
TARIKH
MASA
PERKARA
PENCERAMAH / FASILITATOR











22.07.2010
Khamis
8:00 am Minum Pagi /Pendaftaran Peserta
Pantry / Pusat IT
8:35 am Bacaan Doa
Encik Bahroni Moojee
8.40 am Ucapan Alu-aluan
Puan Faridah Talib
Timbalan Ketua Pustakawan Kanan
Jabatan Pengurusan Maklumat
9.00 am-
11.00 am
Taklimat dan Penerangan mengenai sistem RDRS
Encik Md Masrom Abas
11.00 am-
12.00 pm
Sesi Soal-jawab & ’hands-on’.
En. Md Masrom Abas, En. Ahamad Zuber Mohamed & En. Mohd Nasrul Hussain
12.00 pm-1.00 pm
Penerangan Mengenai Tatacara Pengendalian Meja Rujukan
Pn. Azizah Khasim
1.00 tgh Bersurai


 
PUSTAKAWAN S41
 ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN                           PTAR 4
AHAMAD ZUBER BIN MOHAMED                                 JPM
AHMAD AMIRI BIN MOHAMAD                                      BPBPT
AHMAD FAIZAR BIN JAAFAR                                       JPSTM
AHMAD NAZRI BIN JAAFAR                                         JPSTM
AZIZI BIN JANTAN (HAJI)                                              JPSTM
AZNUR UMIZA BINTI ABU KASIM @ ABU KASSIM    JO
AZURA BINTI MOHAMAD HASHIM                               JPM
BAHRONI BIN MOOJEE                                                  PEROLEHAN
EZA ELIANA BINTI A WAHID                                          JPM
HAFIZA BINTI MUSTAPE                                                 PEROLEHAN
HANI LIZA BINTI NORFIN                                               PTAR 2
MASNIDA HANIM BINTI CHE MAHMOOD                     PTAR 4
MD KAMIL BIN IBRAHIM                                                JPPO
MOHAMAD MASRUM ABAS                                          JPP
MOHD ALFARABIE BIN MOHD NASIR                          FSPU
MOHD FAHIZAN BIN HAMID                                          JPP
MOHD HAFIZ BIN KASIRUN                                          JPJPD
MOHD.IZWAN BIN SALIM                                              BPBPT
NIK AMANINA BINTI NIK MOHD ALIAS                       PTAR 2
NOOR HAYATI ABU KASSIM                                        BPBPT
NOR AZWANI BINTI MOHAMAD                                  JPM
NOR HAFIZAH BINTI MD HANAFIAH                           PTAR 3
NORAZLIN BINTI MOHD. YUSOF                                 BPBPT
NOREDAYU BINTI ROSLI                                             JPSTM
NORHAMIMI BINTI OTHMAN                                        BPBPT
NORKIAH BINTI ISHAK                                                 JPM
NURHAYATI BINTI HASSAN                                        BPBPT
 
http://10.3.25.250/rdrs/
http://10.3.25.250/rdrs/manual.aspx










Tuesday, July 13, 2010

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak

Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Kampus Cawangan Perak akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak pada 13hb-15hb Julai 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh Perak.


Sebanyak 7 kertas kerja akan dibentangkan pada sesi bengkel yang bertemakan  ‘Pusat Sumber Cemerlang Penjana Generasi Gemilang’. Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Sr. Hj. Mohd Fisal bin Ishak.  

Penganjuran pada kali ini akan melengkapkan pusingan penganjuran bengkel pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah untuk seluruh negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.  Besarlah harapan kami di pihak penganjur semoga bengkel yang dianjurkan sebanyak 2 kali setahun ini dapat memberikan maklumat, pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru penyelaras pusat sumber khasnya supaya lebih cekap dalam mengurus tadbir pusat sumber sekolah masing-masing.



Follow us at

Thursday, July 8, 2010

Ilmu Mengubah Destini Sempena Program Mengubah Destini Anak Bangsa

 

Tarikh : 24 - 25 Jun 2010
Tempat: SMK Jengka 24, Pahang Darul Makmur
Anjuran Bersama : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam 
& Perpustakaan Al Bukhari, UiTM Jengka Dengan Kerjasama :Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang sempena program Mengubah Destini Anak Bangsa peringkat Perpustakaan Tun abdul Razak pada 18 - 20hb Mei 2010 di Hotel Seri Malaysia Kuantan Pahang. Seramai 150 orang guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang akan menyertai bengkel ini dimana 7 kertas kerja akan dibentangkan dan sesi bengkel akan dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman.

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang ini akan dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Y. Hormat Prof Madya Dato' Dr. Hj Hilmi B. Ab Rahman. Semoga penganjuran bengkel kali ke 14 ini dapat memenuhi objektifnya dan berlangsung dengan jayanya. Selamat berbengkel

http://library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=233&Itemid=266

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous