Featured Video

Friday, October 15, 2010

JASAMU DIKENANG..KETUA PUSTAKAWAN UiTM MALAYSIA

Monday, October 4, 2010

Suasana Jamuan Raya Aidilfitri PTAR 2010





PTAR, 4 Oktober 2010 (Isnin): Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PTAR 2010 berlangsung meriah dengan kehadiran hampir kesemua kakitangan PTAR Lembah Klang berhimpun sambil menikmati juadah, di sini hari ini.




Majlis yang diadakan di Foyer Pentadbiran (Aras 1), PTAR 1 itu dimulakan pada jam 9.00 pagi dan dimana hampir semua kakitangan Perpustakaan  mula memenuhi dewan bagi memilih juadah yang digemari.



Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Tuan Haji Haron, diikuti pelbagai acara seperti pertandingaan mengayam ketupat , cabutan bertuah disamping pemilihan staf  berpakaian retro paling popular serta pemilihan gerai paling retro. 
Photo disekitar Majlis Jamuan Raya Aidilfitri PTAR 2010


Juara mengayam ketupat kategori Lelaki dimenangi oleh En Hamidi manakala kategori wanita jatuh kepada Puan Jumilah.


Juara kategori gerai paling retro dimiliki oleh Jabatan Pembangunan Sumber Ilmu (JPPSI = BPBPT + BPB)

Manakala Juara Pakaian paling retro dianugerhkan kepada Cik Nurhayati dan Tuan Haji Jamil
Gambar lain sekitar Jamuan Raya AidilFitri PTAR 2010 

Friday, October 1, 2010

Pengumuman Jamuan Raya Aidilfitri PTAR 2010

Warga PTAR yang dikasihi,
Tertunggu-tunggu  jamuan raya PTAR? Dikhabarkan seperti berikut:
Tarikh : 4 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Lokasi : Foyer Pentadbiran (Aras 1), PTAR 1
Tema : RETRO .....Nostalgia Raya di PTAR

Bagi memeriahkan suasana, boleh keluarkan baju-baju lama, ala-ala 80an gitu...retro la katakan.... food presentation & hiasan pun digalakkan ikut tema....

Tambahan:
Ada yang mencadangkan supaya diadakan cabutan bertuah pada majlis berkenaan....tapi kekangan $$$$$$   jadi halangan utama.... Apa kata kita buka sumbangan hadiah dari staf PTAR? Kalau banyak yang menyumbang, maka banyak lah cabutan, dan ramai lah yang akan dapat, betul tak? Maka ramai jugak lah yang akan suka hati .... Harga tidak ditetapkan (mungkin RM10.00 ke atas)... yang penting, kita mahu berg u mbira ...



Warga PTAR yang dikasihi,

... ada lagi biskut raya kat rumah?
... yg tak buk a k  lagi pun ada?

Cara terbaik untuk menyelesaikan masalah anda:
... bawa ke JAMUAN AIDILFITRI PTAR 2010 pada 4 Oktober 2010 nanti!

Dengan cara ini:
... memeriahkan lagi jamuan kita
... lepas habis jamuan, kalau ada lagi, tinggalkan terus di pantri, sesiapa pun boleh makan lepas tu....panjang sedekah!

Jom perabih biskut raya di JAMUAN AIDILFITRI PTAR 2010!

Wassalam.

b/p Ketua Jabatan

Baimah Bujang
Pustakawan Kanan
Bahagian Pembangunan Sumber
Merangkap Pengerusi Majlis