Featured Video

Monday, November 29, 2010

BENGKEL FACULTY COURSE OUTLINE RESOURCES @ PTAR (FCORP) dan E-SHELF @ PTAR




Satu BENGKEL “FACULTY COURSE OUTLINE RESOURCES @ PTAR” (FCORP) dan E-SHELF @ PTAR” SIRI 1 , diadakan pada tarikh dan lokasi seperti berikut:
Tarikh: 29 November – 1 Disember 2010
Tempat: Pusat IT , PTAR 1

Latarbelakang Projek Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP)

Ia merupakan salah satu penambahbaikan perkhidmatan yang akan diperkenalkan yang dikendali sendiri oleh Jawatankuasa Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP).


PTAR akan melaksanakan konsep personal touch yang merujuk kepada kaedah di mana portal PTAR menjadi pusat bagi warga UiTM khususnya para pensyarah dan pelajar untuk mendapatkan bahan maklumat dan rujukan yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan penyelidikan secara terus berdasarkan kepada course outline setiap fakulti. Konsep ini juga membolehkan satu tempat kebolehaksesan kepada sumber-sumber perpustakaan seperti Buku Teks, Buku Rujukan Tambahan, E-Books, E-Jurnal, Jurnal Bercetak,   Koleksi Digital – Kertas Soalan Peperiksaan,  UiTM Union Lists of Serials dan Web Resources.


Penambahbaikan perkhidmatan seterusnya adalah berdasarkan kepada tajuk-tajuk bahan/buku yang terdapat di dalam koleksi PTAR. Projek ini di namakan E-Shelf @ PTAR. Projek ini adalah sebagai petunjuk sumber/buku bagi dapatan lokasi bahan dirak yang boleh dilihat secara dalam talian. 


Dengan terlaksananya kedua-dua projek tersebut, diharap melalui konsep ini, dapat menjadikan setiap portal PTAR dan portal perpustakaan fakulti sebagai rujukan asas untuk pembelajaran dan pengajaran kepada pengguna. 

Objektif
Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP) merupakan salah satu penambahbaikan perkhidmatan yang akan diperkenalkan yang dikendali sendiri oleh Jawatankuasa Faculty Course Outline Resources @ PTAR (FCORP).

Melalui program ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi menyokong proses pengajaran  dan  pembelajaran dan penyelidikan di kalangan warga UiTM:
Mempakejkan bahan rujukan mengikut ‘course outline’ setiap fakulti.

Memudahkan pencarian maklumat kepada pengguna PTAR.

Mekanisma yang sesuai untuk memperkenalkan koleksi PTAR.

Memudahkan pencarian sumber/buku di rak dengan membuat hyperlink dalam sistem ILMU kepada plan lantai rak.




Friday, November 12, 2010

TRIAL EBOOK

Dear all UiTM's user
Trial Access to eBook Collections
Please be informed that TRIAL access to  Springer, SAGE Reference Online and  Islamic Banking eBook has been activated for UiTM Libraries. You may access it using URL link provided as below:
-------------------------------------------------
Kepada semua pengguna/pelanggan Perpustaaan UiTM makluman Akses Percubaan ke Koleksi eBook
Dimaklumkan bahawa akses percubaan ke koleksi Springer, SAGE Reference Online and  Islamic Banking eBook telah diaktifkan untuk Perpustakaan UiTM. 
Akses boleh dibuat melalui link berikut:


URL: www.springerlink.com
A comprehensive digitized scientific, technical and medical (STM) book collection.
Cover all major academic disciplines published until 2010.
Trial access period: from now till 6 December 2010
**Access within UiTM campus area only/ registered IP address


URL: www.sage-ereference.com
Cover all major academic disciplines
Trial access period: from now till 15 January 2011

LEARNING VISTA
URL: http://lv.elearnstudio.net/login/index.php
Trial module includes Islamic Banking, AutoLoan Hire Purchase, Credit Card,
Essential Marketing, Essential Selling, Mortgage.

Maklumat lanjut sila laman web perpustakaan uitm http://library.uitm.edu.my  --->klik link eBookngi


Do you have any further queries or eBook User ID and Password, 
please do not hesitate to contact :-
Customer Services
03 - 55443714 




Monday, November 8, 2010

MAKLUMAN - AUDIT DALAM ISO 9001:2008 BIL. 02/2010

Dimaklumkan audit tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 11-12 & 15 November 2010 (Khamis-Jumaat & Isnin)


Mesyuarat Pembukaan audit akan diadakan pada pagi 11 November 2010 dan InsyaAllah Mesyuarat Penutup pada 15 November 2010. Audit kali ini adalah bertemakan PEROLEHAN bahan seperti buku,dan jurnal bercetak dan elektronik, juga termasuk e books, CD dan DVD dan tidak termasuk perolehan peralatan dan ICT


Sehubungan itu tuan/puan diminta untuk membuat persediaan dan persiapan yang perlu agar proses audit nanti dapat berjalan dengan lancar dan teratur.


Pelan audit dan borang-borang yang diperlukan akan diemelkan dalam masa terdekat.


Sekian dimaklumkan.



Aznur Umiza Abu Kassim
Bhg. Pengurusan Kualiti
JPPO
b.p. Wakil Pengurusan/Ketua Sistem Audit