Featured Video

Tuesday, October 18, 2011

TITANIUM - KIK PTAR terpilih ke Konvensyen ICC Kebangsaan 2011

















Kumpulan Inovatif Kreatif TITANIUM dari Perpustakaan Tun Abdul Razak,(PTAR) UiTM Shah Alam  telah terpilih bersama  Kumpulan REACH dari UiTM Jengka Pahang untuk menyertai konvensyen bagi kategori sektor awam. Konvensyen ICC Kebangsaan 2011 yang akan diadakan seperti maklumat dibawah:

Tarikh : 19 – 20 Oktober 2011 (Rabu – Khamis )
Masa : 8.00pagi – 5.00 petang
Tempat : Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC),Petaling Jaya, Selangor




more info







Monday, October 17, 2011

Pameran Inovasi PTAR Sempena Program IQRA'@PAJPM Anjuran Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri


Add caption
 Sukacita dimaklumkan PTAR telah dijemput oleh Perpustakaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengadakan Pameran Inovasi seperti ketetapan berikut:-


Tarikh : 18 Oktober sehingga 20 Oktober 2011


Masa : 10.00 pagi sehingga 4.00 petang


Tempat : Lobi Blok B1 Kompleks JPM


Untuk makluman, PTAR telah dipilih untuk mengadakan Pameran Inovasi berdasarkan pencapaian Inovasi PTAR yang amat menyerlah. Selain dari PTAR, Jabatan Bomba Malaysia juga telah dipilih untuk mengadakan pameran inovasi tersebut.


Majlis Perasmian akan diadakan pada 18 Oktober 2011, jam 9.00 pagi yang akan dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Othman Bin Mahmood (Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM).





Wednesday, October 12, 2011

Foto : Lawatan Ke JUPEM

Lawatan Ke Jabatan Ukur Dan Pemetaaan Malaysia
Tarikh : 12/10/2011



Monday, October 10, 2011

Foto : Hari IT INFOTECH







Hariit-infotech2010
 
Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

Booth No :15 (PTAR)





PTAR@Hari IT / InfoTech UiTM 2011

Hariit-infotech2010
Temui kami di Booth No. 15 (PTAR) di Hari IT / InfoTech UiTM 2011 untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam

http://www.uitm.edu.my/ind ex.php/en/upcoming-events/ 507-hari-infotech-2011

Hari IT UiTM 2011 ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan, Fasiliti dan InfoTech. Program ini  berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pemain-pemain industri ICT seperti Hewlett – Packard (HP), Intelligence Business Machine (IBM), Oracle, CISCO dan banyak lagi.

Disamping itu juga, orang ramai, kakitangan dan pelajar UiTM berpeluang untuk memberi maklumbalas, bertanya soalan dan bertemu sendiri dengan para pentadbir sistem-sistem utama universiti seperti Sistem Maklumat Pelajar (SIMS), Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), Sistem Pengurusan Maklumat Staf (STARS), Sistem Pengurusan Facilities (FMS) di booth 17 Pejabat Teknologi Maklumat (Infotech) .

Kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar yang mempunyai minat atau terlibat secara langsung di dalam dunia ICT, bolehlah menghadiri Technology Talk dan Technology Update yang akan disampaikan oleh penceramah dari pemain utama ICT. Pelbagai tajuk taklimat yang menarik akan disampaikan berhubung isu semasa ICT.

Para pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri keadaan dan suasana Pusat Data Universiti pada 2 hari tersebut. Pihak InfoTech menyediakan bas ulang-alik (shuttle bus) ke Pusat Data Universiti.

Pada hari ke 2, satu wawancara akan diadakan bersama Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar FASc.

Cabutan bertuah juga  di adakan pada hari tersebut. Seperti kawan kita staf PTAR yang bertuah ini telah mendapat Samsung GalaxyTab 10 in. Tahniah

Samsunggalaxytab10

Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari http://infotech.uitm.edu.my/
atau emelkan ke hit2011@salam.uitm.edu.my. Anda juga boleh menghubungi hot line InfoTech 03 -5544 2203.

http://infotech.uitm.edu.my/v1/images/stories/hit2011.pdf

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/507-hari-infotech-2011

Selain dari itu anda juga boleh ke Campus Youth PC Carnival  banyak barang dijual. laptop,kamera,handpone, ipad pun ade! sume dgn harga berpatutan pulak  tu

Tarikh : 10 dan 12 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

Get  your IT Gadgets at PC Carnival

Hit2011pccarnival

http://www.facebook.com/UnicomCampusYouthClub
http://unicommarketing.com.my/

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Wednesday, October 5, 2011

Hari Mesra PTAR 2

Tarikh : 11 Oktober 2011 - 12 Oktober 2011
Masa : 9.00am - 4.30pm
Tempat :

PTAR 2

Hmp2_2011

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Monday, October 3, 2011

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan, PTAR 3 dilanjutkan









Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak 3 (PTAR 3) telah melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan sehingga jam 12 tengah malam bermula 3hb. Oktober, 2011 .
Oleh itu adalah diharap para pengguna dapat memanafaatkan kemudahan yang disedaikan dengan sebaiknya. Sebarang maklumbalas amat dialu-alukan.

http://www.facebook.com/pages/Perpustakaanuitm/409911212624




http://www.facebook.com/pages/Perpustakaanuitm/409911212624
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous