Featured Video

Wednesday, May 30, 2012

Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan



Majlis Perasmian Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan anjuran Perpustakaan Pengurusan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang PTAR 2 dengan kerjasama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:-
Tarikh            : 6 Jun 2012 (Rabu)
Tempat          : Perpustakaan Pengurusan Perniagaan PTAR 2
Masa              : 8.30 pagi – 1.00 petang

Antara objektif program ini adalah untuk memperkenalkan Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia, The Malaysian Insurance Institute (MII) sebagai sumber rujukan alternatif bagi menyokong pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Objektif program ini juga adalah untuk meningkatkan keberkesanan diseminasi maklumat mengenai pengurusan kewangan berhemah melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) secara langsung dan terkini.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang berlangsungnya pameran ini. Antaranya ialah:
1.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB)
2.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
3.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
4.    Sesi Perkongsian Maklumat bersama The Malaysian Insurance Institute (MII)
5.    Booth Permodalan Nasional Berhad (PNB)
6.    Booth Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
7.    Booth Pusat Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management Centre) Bank Negara Malaysia
8.    Booth  The Malaysian Insurance Institute (MII)
9.    Aktiviti permainan:
·         Suai Padan Maklumat Mata Wang Negara-Negara
·         Suai Padan Maklumat Perpustakaan
·         Saidina
·         Dam Ular
·         Jigsaw Puzzle
Tuan/puan adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program ini yang akan berlangsung selama 2 hari bermula 6 – 7 Jun 2012.
Untuk makluman, kehadiran staf UiTM pada majlis perasmian dan sesi perkongsian maklumat akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan. Para pelajar  yang hadir ke sesi perkongsian maklumat akan diberi kupon aktiviti.


http://library.uitm.edu.my

































http://library.uitm.edu.my/ptar2/
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Thursday, May 24, 2012

Program Pembangunan Modal Insan (PMI) PTAR 2012 :Tazkirah Bulan Mei 2012 - VirusHati & Vaksinnya


Majlis Tazkirah / Ceramah agama bagi bulan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 25 Mei 2012 (Jumaat) / 4 Rejab 1433H
Masa        : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat        : Bilik seminar PTAR 1
Penceramah : Ustaz Mohd Afiz Hasan 
Tajuk         : Virus Hati & Vaksinnya    


Selepas selesai Majlis Tazkirah, mohon jasa baik  tuan/puan menghadirkan diri untuk taklimat seperti berikut:

    Program    : Taklimat Zakat dan Sadaqah UiTM
    Oleh        : Ustaz Abdullah Salam (Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf CITU)
    Tempat    : Bilik Seminar, PTAR 1
    Masa mula    : 9.30 pagi (lebih kurang 1 jam)

    Tujuan        : Mempromosikan perkhidmatan Zakat dan Sadaqah UiTM  bagi menambahkan
              dana untuk membantu pelajar dan staf yang memerlukan bantuan.


Semua staf adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis ilmu untuk kebaikan bersama.

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Wednesday, May 16, 2012

Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012


Dimaklumkan Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012 di Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang (selaku tuan rumah) pada 22-23 Mei 2012 (Selasa-Rabu).

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (Zon Utara).

Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :
1. Puan Noormala Maarof
2. Puan Nurul Diana Jasni
3. Encik Ahmad Faizar Jaafar
4. Encik Shahrol Nizam Johol

OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :
Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan.

IMPAK BENGKEL :
a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.
b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatansumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM



Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Monday, May 14, 2012

AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN PUNCAK PERDANA PADA 15 & 17 MEI 2012


Warga Puncak Perdana dan Puncak Alam serta keseluruhan warga PTAR Shah Alam adalah di jemput hadir untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh PTAR Puncak Perdana di samping mendapat 'Free Gift" daripada Nestle Icecream, Walls Cornetto, Nestle Bliss dan Sofy. Juga terdapat pertandingan pencarian pemilik mata, rambut, bibir, muka dan badan yang menarik daripada Watsons.
Tarikh : 15 Mei 2012(Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : PTAR Puncak Perdana

Antara aktiviti-aktiviti yang akan di adakan ialah:
1. Nak Tau Tak...
2. Macam Mana Ye...
3. Dedikasi Lagu bersama Walls Corneto
4. Pencarian Ikon 8 kategori (hadiah RM3000.00 setiap kategori)

Tarikh : 17 Mei 2012
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : PTAR Puncak Perdana

Antara aktiviti-aktiviti yang akan di adakan ialah:
1. Apa Itu...
2. Kenapa Saya...
3. Pameran " The Road to 2012 Olympic" oleh pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat
4. Detik menyerlah bersama Sofy
5. Karnival Mini bersama Ice Cream Nestle

"JOM MERIAH BERSAMA PTAR PUNCAK PERDANA"
Kehadiran semua amat dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Azizah Khasim
Pustakawan Kanan
PTAR Puncak Perdana
03-7962 2070

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Saturday, May 12, 2012

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim dimasyhur Canselor UiTM





SHAH ALAM: Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ke-76 pada Sabtu lalu menjadi titik sejarah baru kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah dimasyhurkan sebagai Canselor yang keempat.
Istiadat pemasyhuran Tuanku Abdul Halim disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Seri Paduka Baginda seterusnya berkenan menyampaikan Doktor Falsafah dan Ijazah Sarjana kepada 1,030 graduan.
Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. 
Agong Minta Warga UiTM Optimumkan Keupayaan Masing-Masing
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah meminta setiap warga Universiti Teknologi Mara (UiTM)memanfaatkan sumber, kepakaran dan pengalaman dalam pelbagai bidang supaya dapat mengoptimumkan keupayaan masing-masing.
Seri Paduka bertitah melalui cara itu, ia dapat membantu universiti mempercepatkan proses transformasi negara ke arah menjadikan masyarakatnya maju dari segi pemikiran, tindakan, pencapaian dan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
"Justeru, Beta berharap para graduan sebagai golongan intelek dapat memainkan peranan secara positif agar negara Malaysia kekal berdaulat di bawah pemerintahan kita sendiri.
"Para graduan adalah pemimpin masa depan yang diharap untuk memastikan negara terus aman. Pertahankanlah negara, universiti ini agar sentiasa meneruskan kehebatan untuk mencipta peradaban lebih gemilang," titah Tuanku Abdul Halim pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-76 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini, Sabtu.
Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.
Pada majlis itu, Tuanku Abdul Halim turut dimasyurkan sebagai Canselor keempat UiTM, selepas ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 16 Jan menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah menjadi Canselor universiti itu selama lima tahun.
Tuanku Abdul Halim turut bertitah agar semua graduan menjadi insan yang sentiasa mengenang jasa.
"Sentiasa mengenang jasa ibu bapa, jasa universiti dan jasa pemimpin-pemimpin negara, sifat mengenang jasa itu adalah sifat yang mulia disisi Allah. "Beta amat bersukacita dengan UiTM yang sentiasa mengenang jasa insan-insan serta pemimpin-peminpin negara di pelbagai peringkat," titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan rasa bangga kerana UiTM hari ini menamakan semula Fakulti Kajian Pengurusan dan Perniagaan universiti itu sempena nama Tan Sri Arshad Ayub iaitu Arshad Ayub Graduate Business School.
Arshad Ayub merupakan Pro Canselor UiTM. "Kajian Pengurusan dan Perniagaan yang beliau perkenalkan pada tahun 1960-an dahulu, kini telah menjadi fakulti terbesar di Malaysia dengan 60,000 pelajar. "Jasa beliau juga telah melampaui sempadan antarabangsa, maka bertepatanlah jasa-jasa beliau dikenang dan dihormati dengan menamakan pusat pengajian pasca siswazah ini bersempena nama beliau," titah Seri Paduka.
Istiadat konvokesyen kali ini berlangsung dalam 13 sidang di kampus Induk Shah Alam, tiga sidang masing-masing di kampus cawangan Perlis dan Terengganu dan dua sidang masing-masing di Perak dan Sarawak membabitkan 16,326 graduan.
Istiadat itu bermula hari ini hingga 20 Mei. -BERNAMA

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76



ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76

12-20 MEI 2012, DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UiTM SHAH ALAM
 

Istiadat konvokesyen UiTM kali ke-76 akan  menyaksikan seramai 16,326 graduan menerima penganugerahan yang bermula dari 12 hingga 20 Mei ini.

Sebanyak 23 sidang dilangsungkan membabit Kampus Induk UiTM Shah Alam (13 sidang), Seri Iskandar, Perak (dua), Arau, Perlis (tiga), Samarahan, Sarawak (dua) dan kampus Dungun, Terengganu tiga sidang.


“Dalam sidang pertama, 40 graduan doktor falsafah (PhD) dan 990 graduan sarjana akan dianugerahkan Baginda Tuanku Sultan Abdul Halim di Shah Alam,” katanya.


Prof Sahol Hamid berkata, daripada 16,326 graduan itu, 6,576 graduan dianugerahkan diploma manakala 8,605 graduan pula dianugerahkan sarjana muda (kepujian).


Beliau berkata, jumlah graduan diraikan di kampus cawangan bertambah dengan penyampaian ijazah dan diploma dilakukan oleh Pro Canselor dan Naib Canselor UiTM.

“Di UiTM Perak, istiadat diadakan 14 Mei ini dengan 996 graduan manakala di UiTM Sarawak (16 Mei) melibatkan 615 graduan.
“Di Kampus UiTM Perlis ia diadakan pada 15 dan 16 Mei ini dengan 837 graduan. Di UiTM Terengganu pula, istiadat bermula pada 19 dan 20 Mei ini dengan 860 graduan,” katanya.


Konvoweb76

http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2012/05/yang-di-pertuan-agong-tuanku-abdul.html
http://konvokesyen.uitm.edu.my/




Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Thursday, May 10, 2012

PHOTO : SEMINAR ISU-ISU SEMASA ANJURAN PTAR DENGAN KERJASAMA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA,

Tarikh : 10 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, Aras 1, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1

Seminar Isu-isu Semasa anuran Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara , Cawangan Negeri Selangor  telah mendapat sambutan luar jangkaan daripada pihak jabatan luar PTAR. Jumlah penyertaan adalah seramai 58 orang .
PHOTO : 
picasa