Featured Video

Wednesday, June 27, 2012

KURSUS INTERNATIONAL STANDARD BOOK NUMBER (ISBN)


20120628kursusisbn-webbanner

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Akademik, Perpustakaan Tun Abdul Razak akan menganjurkan Kursus International Standard Book Number (ISBN) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pustakawan  tentang cara-cara permohonan dan penggunaan ISBN dan ISSN, katalog dalam penerbitan dan penerangan tentang akta yang berkaitan. Seramai 60 orang pustakawan sekitar Shah Alam akan menghadiri kursus ini. Besar harapan pihak kami jika kursus ini dapat dijalankan lancar.Mudah-mudahan kursus akan memberi banyak pengetahuan dan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan PTAR.Kursus akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh         :  28 Jun 2012
Hari        :  Khamis
Masa        :  8.30 pagi - 1.00 tengahari
Tempat    :  Bilik Seminar, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1
Peserta    :  60 orang peserta sahaja
Penceramah  :
Pn.Izlin Bt Ahmad, Penolong Pengarah daripada Pusat Bibliografi Negara

En.Tamimi Bin Taib, Penolong Pengarah daripada Pusat Penyerahan Terbitan Negara

20120628kursusisbn




















Monday, June 18, 2012

Bengkel Kemahiran Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM 2012 - Zon Timur


Dimaklumkan Bhg. Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM 2012 - Zon Timur 
di Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (selaku tuan rumah) pada 19-20 Jun 2012 ini.

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang, Terengganu dan Kelantan (Zon Timur).
Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :
1. Puan Nurul Diana Jasni
2. Encik Ahmad Faizar Jaafar 
3. Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof
OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:
1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :

Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan. 

IMPAK BENGKEL :
a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.
b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatan sumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM 
Sekian, untuk makluman semua.


Posted via email from perpustakaanuitm's posterous