Featured Video

Monday, July 30, 2012

Perkhidmatan Sumber Media & Kemudahan Learning Commons @ PTAR


Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menyediakan Perkhidmatan Sumber Media & Kemudahan Learning Commons untuk warga kampus UiTM. Sehubungan itu, kami mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dato’/Datin Paduka/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan ke PTAR untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah disediakan.




Bersama-sama ini disertakan video sebagai rujukan dan makluman YBhg. Dato’/Datin Paduka/Prof/Prof. Madya/Tuan/Puan.


Koleksi_Media_&_Perkhidmatan_Learning_Commons_PTAR.wmv Watch on Posterous
 
Sebarang pertanyaan mengenai Koleksi Sumber Media & Kemudahan Learning Commons, sila hubungi Puan Hani Liza Hj. Norfin, Pustakawan (tel: 5544 3765) / Cik Fadzilah Mohd. Ali, Pembantu Perpustakaan (tel: 5544 3233) atau Kaunter Learning Commons (tel: 5544 3233). 


https://perpustakaanuitm.jux.com/250991


Friday, July 27, 2012

Announcement: Off Campus Online Databses access (EZAccess) will be offline


Our Off Campus Online Databses  access (EZAccess) will be offline  from 28 to 31 July 201 for maintenance and upgrades.








we apologize for the inconvenience this may cause
and encourage you to check back with us again

thank you
Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Monday, July 23, 2012

Photo: Online Database Training For Trainers

 

20120724mosbyonlinedatabases

Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data (BJPD) Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan " Online Database Training For Trainers  " pada 24 July 2012 (Selasa) bertempat di Pusat IT, PTAR1.


Maklumat lanjut : http://jpjpd.blogspot.com/2012/07/jemputan-ke-online-databases-training_23.html

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Ketua Pustakawan



Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bersempena dengan Bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan 1433H dan menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan bulan yang penuh kemuliaan ini akan meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Amin

Noor Hidayat Bin Adnan
Ketua Pustakawan

Tuesday, July 17, 2012

PHOTO: PROGRAM GOTONG ROYONG PTAR SIRI 1

Program Gotong Royong PTAR Siri 1/2012 telah berjaya diadakan pada 16-17 Julai 2012 (Isnin & Selasa). Program ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Semua bahan-bahan lupus telah dipindahkan ke bilik pelupusan baru dan setiap bahagian yang terlibat telah mengambil tindakan berhubung bahan masing-masing. Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Repositori Institusi & Imbangan Bahan dan Pejabat Ketua Pustakawan (Penganjur) ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua staf yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semangat kerjasama berpasukan yang tinggi adalah amat dihargai dan diharapkan dapat diteruskan di dalam setiap program yang dianjurkan oleh PTAR. Pihak penganjur juga memohon maaf sekiranya  terdapat sebarang kekurangan sepanjang program berlangsung. Segala usaha tuan/puan di dalam menjayakan program ini InsyaALLAH akan menerima balasan baik daripada Allah S.W.T.