Satu majlis meraikan staf telah diadakan pada 4 Julai 2013 yang lalu sempena persaraan 3 orang warga perpustakaan, pengenalan staf baharu serta penyampaian hadiah Kejohanan Sukan Perpustakaan IPTA Lembah Klang. Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ketua Pustakawan, Encik Noor Hidayat Adnan. Dalam ucapan ringkas tersebut, beliau begitu menghargai pengalaman luas serta komitmen 3 orang warga perpustakaan yang diraikan iaitu Pn Rabiatun Mansur, Encik Norazman Zainal Abidin serta Encik Mohd Nasir Zainudin  (tidak dapat hadir). Beliau turut mengingatkan warga staf yang hadir terutama generasi baru agar mencontohi semangat, integriti dan sikap saling menghormati sesama staf untuk kekal berjaya.


Majlis kali ini  turut dimeriahkan dengan sesi pengenalan staf baharu iaitu Cik Farleen Azrina Zamberi, Pustakawan di Bahagian Latihan & Penyelidikan serta Puan Munirah Binti Muhamad Izzan, Pembantu perpustakaan di Bahagian Komunikasi Korporat.

Majlis diteruskan dengan penyampaian pingat sempena Kejohanan Sukan Perpustakaan IPTA Lembah Klang. PTAR berjaya menggungguli beberapa acara yang disertai. Antaranya Futsal (Johan), Bola jarring (Ketiga), Tenpin boling kategori berkumpulan (Johan – PTAR A, Ketiga – PTAR B). Acara tenpin boling kategori individu dikuasai oleh PTAR secara keseluruhan,  Mohd Fahmi Mohd Kadim - PTAR B (Johan),  Md Haizar Jamian - PTAR A (Naib Johan) dan  Mohd Suhaimi Azman - PTAR A (Ketiga). Kejayaan tersebut turut diungguli oleh Mohd Fahmi Mohd Kadim (PTAR) sebagai Top Scorer acara tenpin boling individu. Kejayaan PTAR turut diraikan dengan pencapaian acara Ping Pong kategori lelaki dan wanita (Naib Johan).

Berikut disertakan gamba-gambar sekitar majlis tersebut. Album penuh majlis tersebut boleh didapati di: https://www.facebook.com/media/set/set=a.297148037098729.1073741831.101617146651820&type=1 


Post a Comment

Terbaru Lebih lama