Bahagian Perkhidmatan Akademik telah  mengadakan Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan

Tarikh      :    24 - 26 Mac 2015 (Selasa - Rabu)
Perasmian:     24 Mac 2015 - 8.30 pagi (Selasa) 
Tempat    :     Bilik Seminar, PTAR Utama

Penceramah: Dr. Othman bin Talib (Pensyarah Kanan, Universiti Putra Malaysia)




Bengkel  khas ini adalah seperti yang dihasratkan oleh Ketua Pustakawan bagi membolehkan staf P&P khususnya mendapat pendedahan mengenai :

1. Aspek-aspek utama mengenai melanjutkan pelajaran sebagai satu galakan dan perkongsian ilmu. Ini khususnya bagi memberikan pengetahuan dalam menyediakan proposal / cadangan pennyelidikan yang mana ianya menjadi syarat wajib untuk dibentangkan sebagai syarat utama permohonnan kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia ( PPSM ) PTAR dan Panel PPSM JPbSM Induk. Kita telah mendapat teguran kerana staf P&P kita telah membuat pembentangan tanpa persediaan, pengetahuan dan halatuju pembelajaran.

2. Kursus ini juga sebenarnya juga bertujuan memberikan pendedahan kepada staf P&P mendalami aspek penyelidikan sebagai "core business" kita dalam membantu aspek pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan kepada pengguna-pengguna Perpustakaan.


Bengkel ini berhasrat untuk mencapai objektif berikut :

a)    Menjelaskan keperluan dalam Penulisan Cadangan Penyelidikan dari perspektif pustakawan dan bakal penyelidik
b)    Memberi pendedahan semula elemen-elemen yang penting di dalam Cadangan Penyelidikan
c)    Menambah pengetahuan dan kemahiran di dalam penulisan Cadangan Penyelidikan.
d)    Menyediakan panduan yang betul bagi pustakawan dan bakal penyelidik dalam penyediaan penulisan Cadangan Penyelidikan.
e)    Membantu menghasilkan Cadangan Penyelidikan yang baik dan berkualiti.
f)    Dari perspektif pustakawan, mampu menyelami serba sedikit cara pemikiran penyelidik dalam melalui proses tinjauan literatur.

g)   Bersedia membantu memudahkan penyelidik dalam strategi pencarian maklumat bagi tinjauan literatur.






























Turut diadakan sesi Perkongsian Ilmu oleh Ybhg. YM Prof. Dato' Dr. Raja Abdullah Raja Yaacob, dari Fakulti Pengajian Maklumat, UiTM Shah Alam dan Dr. Mohd Anuar Mazuki, dari Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam Sempena Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Penyelidikan ini. 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama