Pada 15 April 2015 bersamaan hari Rabu yang lalu, 6 orang delegasi dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sumber Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia PutraJaya. Lawatan yang diketuai oleh En. Jamalludin Sulaiman ( Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) ini turut disertai oleh Puan Nor Azwani Mohamad (Pustakawan), En Mohd Izwan Salim (Pustakawan), En Mohd Hazrul Hussin (Pustakawan),  Puan Rostinah (Jurufoto kanan) serta Cik Ain Munirah (Pembantu Perpustakaan).

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat Pengurusan dan pemuliharaan foto di Pusat Sumber Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia PutraJaya sebelum PTAR menjalankan aktiviti tersebut di Unit Penerbitan. Selain daripada itu. wakil dari PTAR juga diberikan keterangan mengenai fungsi Unit Fotografi, Unit Pusat Sumber Tan Sri Mubin Sheppard dan Unit Perpustakaan Foto di Jabatan tersebut. Ternyata banyak informasi berguna dan manfaat boleh digunapakai oleh PTAR dalam pelaksanaan Galeri foto pada tahun 2015 ini.

Lawatan kerja yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini tamat pada jam 12.30 tengahari.

Ketibaan dari delegasi PTAR UiTM Shah Alam

Delegasi PTAR UiTM Shah Alam disambut baik oleh wakil Jabatan Penerangan Negara, Puan Mas'amah Mokri

Dari kiri : Encik Jamalludin, Encik Mohd Hazrul, Puan Nor Azwani, Cik Ain Nur Munirah serta Encik Izwan salim

Timbalan Pengarah Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia, Puan Nasimah Badaruddin

Encik Jamalludin Sulaiman selaku wakil utama memberikan pengenalan diri

Sebahagian daripada wakil dari  Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malysia

Pustakawan dari Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Hussin Ibrahim memberikan penerangan

























Post a Comment

Terbaru Lebih lama