Isnin,23 November 2015 - Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menerima tetamu daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) UPM Serdang yang ingin mengadakan lawatan kerja ke Unit Rujukan Maya, PTAR, UiTM Shah Alam.

Rombongan lawatan tersebut diketuai oleh Encik Shaifol Yazama Mat bersama 5 orang lagi pustakawan UPM iaitu  Puan Azwana Ab Rahman, Puan Suzila Mohamad Kasim, Puan Salina Abdul Aziz,  Puan Azana Abd Hadi dan  Puan Najwani Amir Sarifuddin.

Tujuan lawatan mereka adalah untuk  berkongsi maklumat terkini mengenai pengurusan dan perkhidmatan rujukan atas talian yang disediakan oleh Unit Rujukan Maya antaranya  seperti Chat with PTAR Librarian, E- Reference@PTAR, Library Service Alert dan Sosial Media.























Post a Comment

Terbaru Lebih lama