Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan beberapa program aktiviti sambutan Kemerdekaan bagi sama-sama memeriahkan dan menyemarakkan bulan kemerdekaan pada ketetapan berikut:

Tarikh: Ogos -September 2017
Tempat: Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama  (PTAR), dan Galeri PTAR


Program Aktiviti :                            
1. Pameran Ikhtiar Hidup Usahasama PALAPES  UiTM  dan PTAR  di Galeri  PTAR 
2. Pameran Pakaian Seragam Pasukan Keselamatan Negara dan  Arca Bapa Kemerdekaan di Aras 2 PTAR Utama
3. Poster Jejak kemerdekaan
4. Signage 3D perkataan "NEGARAKU" di Aras 2, PTAR  Utama
5. Tayangan video lagu-lagu patriotik, Dokumentasi dan Video Merdeka
6. Get Caught Reading “Merdeka Insta Challenge”    
7. Pertandingan Menghasilkan arca Tokoh Pejuang Kemerdekaan
8. Bendera Malaysia di Bangunan PTAR


             

Pameran @ Galeri PTAR
Pameran Ikhtiar Hidup , Usahasama PALAPES  UiTM dan PTAR
Sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia, Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menganjurkan pameran usahasama dengan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan UiTM (Palapes UiTM) di Galeri PTAR . Program ikhtiar hidup merupakan satu program yang menekankan ikhtiar dalam proses kelangsungan hidup ketika menghadapi ancaman.  Pameran ini dapat memberi pendedahan dan kefahaman kepada pengunjung terutamanya tentang alat-alat yang telah digunakan untuk program ikhtiar hidup seperti jerat-jerat yang digunakan, tempat tidur (dangau), tempat memasak dll.  Pengunjung juga dibenarkan untuk berselfie di ruang – ruang yang telah disediakan.  Pameran in akan berlangsung sepanjang Ogos dan September 2017.


SELFIE SPOT @ GALERI PTAR - snap here , hastag and share
Gunakan hashtag  #merdekauitm #ptaruitm #ptarpalapes #merdeka60


follow us , like and share Tq

Post a Comment

Terbaru Lebih lama