Program Library Customer Day (LCD) 2017 diadakan pada 25 Oktober 2017 sehingga 8 November 2017 bersempena dengan Program Galakan Membaca Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) iaitu satu program perpustakaan untuk menyokong Dasar Program Galakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia. Majlis Perasmian akan diadakan pada 6 November 2017 dan dirasmikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said Naib Canselor UiTM

Program ini akan dilaksanakan secara terancang dan berterusan di seluruh Perpustakaan UiTM bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan ke arah mewujudkan warga universiti berbudaya membaca dan cintakan ilmu. 

Objektif utama LCD 2017 ialah bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan warga universiti serta memberi pendedahan kepada pelanggan berkenaan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan.


Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti Forum Penulis Muda 2017 yang merupakan program kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) Universiti Teknologi MARA.

Pesta Buku PTAR dan Baca World Day turut dijalankan dengan kerjasama Malaysian Book Publishers Association (MABOPA).






Aktiviti lain yang akan diadakan seperti Overdue Book Return Day, Book Donation , Blind Date with a Book, Library Skills Jeopardy Games, Library Scavenger Hunt, Telepathy Book Games, Get Caught Reading Challenge, Kajian Profil Membaca Universiti Teknologi MARA, “Gift the Gift of Reading”, EResources Vendor Booth & Talk Session dan Gerai Jualan (Persatuan PUTRA).





Semua dijemput hadir ke Program Library Customer Day (LCD) 2017 diadakan pada 25 Oktober 2017 sehingga 8 November 2017.

follow us , like and share Tq

 





Post a Comment

Terbaru Lebih lama