Pada 12 Januari 2012, UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Hari Kemuncak Bulan Inovasi 2011. Bulan Kualiti kali ini adalah di bawah penganjuran Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Ceramah dan Forum, Gotong Royong Perdana 5S & Program Kitar Semula, 'Amazing Innovation Race' (A.I.R), Anugerah Kualiti Rektor (AKUR), Pertandingan Sukan Tradisional dan Pertandingan Kualiti Jabatan. 

Bagi Pertandingan Kualiti Jabatan, Perpustakaan Al-Bukhari telah diumumkan sebagai Johan Keseluruhan bagi Pertandingan Kualiti Jabatan.  Senarai pencapaian adalah seperti berikut :--

1.    Johan - Pertandingan Piagam Pelanggan
2.    Johan - Pertandingan Pengurusan Kaunter Terbaik
3.    Johan - Pertandingan 5S Kategori Pejabat
4.    Johan - Pertandingan Pengurusan Fail

Selain itu, bilik pejabat  Pn. Rosnita bt. Ja'afar, Timbalan Ketua Pustakawan telah turut memenangi Naib Johan Pertandingan Bilik Ceria untuk kategori Staf Pentadbiran. Staf perpustakaan yang menerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 ialah Pn. Siti Rozana bt. Mat Sanat, Pustakawan dan En. Mohd Sahrin b. Husin – Pembantu  Perpustakaan Tingkatan Kanan.

Tahniah dan syabas di ucapkan semoga dengan kemenangan ini akan meningkatkan motivasi dan semangat semua staf perpustakaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh pelanggan perpustakaan.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama