Bersempena Syawal 1436H yang bakal menjelang, Kelab Pembantu Perpustakaan (KPP) 
akan menganjurkan Program Kasih Syawal yang 
melibatkan 10 buah keluarga miskin di Kg. Pulau, Lambor Kiri, Perak.  Program ini 
adalah kerjasama antara KPP, PTAR dan Kariah Kg. Pulau.
Sehubungan itu, KPP telah melancarkan "Kempen RM10 
Jer" sebagai kutipan derma dari warga PTAR dan UiTM untuk 
disumbangkan kepada
keluarga yang terpilih. 
Tuan-tuan dan puan-puan boleh menyalurkan 
sumbangan kepada :
Puan Rozita 
Sharudin (ext : 3794)
Cik Hafzah 
Mustafa (ext : 3794)
Cik Zayani 
Zakaria (ext : 3795)
atau boleh didepositkan ke akaun Affin Bank 
Kelab Pembantu Perpustakaan (205140275503)
Sasaran kutipan adalah sebanyak RM 3,000.00 dan 
kutipan akan dijalankan bermula dari 9 Julai 2015 hingga 24 
Julai 2015.
Semoga dengan sumbangan 
ini dapat meringankan bebanan dan memberikan sedikit keceriaan kepada mereka di 
bulan Syawal ini.
Catat Ulasan