Koleksi buku-buku perpustakaan meliputi pelbagai genre yang dibaluti  sebagai hadiah dan dilekatkan maklumat ringkas buku berkenaan seperti pembayang kandungan dan subjek buku.

Buku-buku yang dipilih adalah terdiri dari buku baharu dan buku yang tidak pernah dipinjam oleh pelanggan. Buku ini akan dipamerkan secara fizikal di perpustakaan dan juga melalui portal dan media sosial rasmi perpustakaan.






Kad ucapan akan dikepilkan bersama untuk diisi oleh pelanggan seperti maklumat pelanggan dan pelanggan perlu menulis maklumbalas berkenaan buku yang telah dibaca.


postkan maklumabalas anda di  Facebook Events ini

https://www.facebook.com/events/1926273774113510/ #blinddate




Like & Follow Us



1 Ulasan

  1. Buku Rahsia Kejayaan Menulis Jurnal Berimpak Tinggi, Buku dan Tesis (LB2369.R821 2015) dikeluarkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Saya sendiri belum memiliki buku ini, sedangkan ia telah pun dicetak buat kali ke-empat pada 2016. Saya menemui penulisan ini ketika pihak PTAR membuat pertandingan ulasan buku atau Blind Date with a Book pada bulan Mei 2018. Pada permulaan buku ini lagi, penulis telah menasihati pembaca agar memperbanyakkan bacaan untuk memperolehi ilham untuk menulis. Empat bahagian utama disediakan untuk memuatkan sejumlah 18 bab. Beberapa rahsia kejayaan penulisan manuskrip diselitkan di dalam setiap bab. Bahagian pertama mengandungi 3 bab yang bertujuan untuk memperkenalkan penulisan jurnal ilmiah kepada pembaca. Ulasan ringkas di dalam Bab 1 turut menyentuh mengenai kepentingan penulisan kepada seseorang penyelidik atau pelajar siswazah. Manakala Bab 2 mengulas penerbitan ilmiah serta jurnal berindeks. Untuk mengetahui penulisan jurnal secara lebih mendalam lagi, penulis telah menyediakan beberapa maklumat berguna di dalam Bab 3.
    Bahagian kedua pula memberi fokus kepada penulisan manuskrip untuk jurnal berimpak tinggi. Ia mengandungi 7 bab (bab 4 – 10) yang menghidangkan pelbagai panduan. Ini termasuklah pemilihan tajuk, karangan abstrak serta kaedah menyampaikan penghargaan serta menulis sumber rujukan. Bahagian ketiga pula adalah mengenai illustrasi dan gaya penulisan. Empat bab dimuatkan di sini (bab 11 – 14), agar pembaca dapat mengetahui informasi mengenai penyediaan jadual serta cara menjawab komen pewasit. Akhir bahagian yang keempat menceritakan teknik menulis buku, monograf, prosiding serta tesis, yang dibahagikan kepada 4 bab yang berlainan (bab 15 – 18). Topik etika dan tanggungjawab di dalam penulisan juga dititikberatkan oleh penulis agar pembaca mengiktiraf sumbangan penulis lain yang turut berkarya serta meningkatkan mutu sesebuah manuskrip. Sebelum mengakhiri penulisan, penulis menyediakan satu senarai rujukan supaya pembaca memperolehi bahan bacaan lanjutan setelah meneliti kandungan buku ini. Satu contoh borang penilaian manuskrip turut dilampirkan agar penulis memahami aspek-aspek penilaian oleh para pewasit. Dengan adanya buku ini, staf serta pelajar UiTM pasti mendapat manfaat dengan mengikuti saranan serta tips penulisan yang dikemukakan oleh pengarang buku tersebut. Syabas diucapkan kepada penulis, Roslan Abd Shukor. Semoga penulis dapat meneruskan usaha perkongsian ilmu sebegini.
    Sekian, terima Kasih.
    -ibtisam@puncakalam.uitm.edu.my

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama