Live@PTAR Siri 14 Bicara Buku Penerbit UiTM: KRISIS: Setiap Degup Jantung Ada Cerita

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan program bual bicara secara langsung bersama Penerbit UiTM di bawah segmen Bicara Buku yang bertajuk KRISIS: Setiap Degup Jantung Ada Cerita. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Norhazlan bin Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan, PTAR UiTM Shah Alam bersama panel jemputan dan penulis buku, Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose, Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Besar Kuala Lumpur. Buku ini merupakan kisah benar yang ditulis oleh Datuk Dr. Alzamani Mohammad Idrose berdasarkan pengalaman semasa bertugas yang penuh dengan debaran. Antara pengalaman yang mendebarkan adalah letupan kereta akibat kemalangan, mayat radioaktif, pesawat yang hampir kehabisan oksigen menjadi wad rawatan rapi, berunding dengan penagih dadah, kecemasan di puncak Gunung Everest dan lain-lain situasi yang menggemparkan. Setiap kisah tersebut turut disertakan dengan pengakhiran sebagai jalan penyelesaian. 

Buku ini juga ditulis dengan bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat dari pelajar sekolah hinggalah dewasa. Harapan beliau adalah semoga pembaca dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam kehidupan berdasarkan kisah yang dikongsi ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat, sekali gus menggalakkan amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.


Siaran ulangan boleh dilihat di pautan:

Link Youtube Perpustakaan UiTM Channel : https://youtu.be/F5Bsl7Imdec

Link Facebook : https://www.facebook.com/409911212624/posts/10159653413922625/


Like and follow us:

Post a Comment

Terbaru Lebih lama