Bengkel Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) PTAR 2021 Siri 1
Unit Goveran & Kualiti,
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Jabatan Pentadbiran Organisasi,
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Bengkel Anugerah Kualiti
Naib Canselor (AKNC) PTAR 2021 Siri 1 pada 29 Jun 2021 secara atas talian
menggunakan platform Cisco Webex. Objektif
penganjuran bengkel ini adalah bagi menerangkan rubrik dan format penulisan
Laporan AKNC 2021 mengikut kiteria, membincangkan skop dan fokus kekuatan PTAR
bagi bidang tumpuan penyampaian perkhidmatan, memastikan kandungan penulisan di
antara setiap kriteria (1-7) adalah terselaras dan teratur dan memberikan
tunjuk ajar serta panduan dalam
pengisian laporan penulisan menggunakan Sistem i-AKNC. Bengkel ini telah
disertai oleh barisan penulis laporan AKNC dan akan diteruskan dengan siri 2
pada 9 Julai manakala siri 3 pada 16 Julai 2021.
Catat Ulasan