Pada 4 November 2022 (Jumaat), jam 4.00 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Shah Alam telah diadakan perbincangan bersama Alumni Network Center (ANC). Perbincangan ini dihadiri oleh Professor Madya Datin Sri Nazura binti Mohamed Sayuti (Pengarah Alumni Network Center), Muhammad Luthfi bin Mohaini (Ketua Alumni Network Center) dan Nita Zairena binti Moh (Penolong Pendaftar Kanan).

Kedatangan mereka disambut oleh Bahagian Korporat dan Kolaborasi PTAR iaitu Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli (Timbalan Ketua Pustakawan) dan Encik Mohd Khairul Idzwan bin Mohd Saad (Pembantu Pustakawan Tertinggi).
Perbincangan ini memfokuskan kepada program-program kolaborasi diantara Alumni dan Perpustakaan UiTM yang bersesuaian dan memberikan impak terutama kepada para pelajar. Dikesempatan ini juga, diadakan sesi lawatan bagi melihat perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh PTAR kepada warga UiTM.


Terima kasih diucapkan kepada Professor Madya Datin Sri Nazura binti Mohamed Sayuti dan team kerana sudi meluangkan masa dalam perbincangan ini serta melawat persekitaran perpustakaan. Diharap PTAR dan ANC dapat bekerjasama di masa akan datang.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama