Lawatan Kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Cawangan Sabah merupakan cawangan yang terakhir bagi melengkapkan sesi Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM yang telah bermula pada 4 September 2022 di UiTM Cawangan Johor. Alhamdulilah, dengan izinNya, lawatan kerja ini dapat dijalankan dengan lancar.
Dua kampus telah dilawati oleh Ketua Pustakawan UiTM iaitu Kampus Kota Kinabalu dan Kampus Tawau pada 21 Februari 2023 (Selasa) yang lalu. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman turut diiringi oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan dalam sesi lawatan ini. Lawatan kerja ini telah disambut oleh Ketua Perpustakaan Cawangan Sabah iaitu Encik Romi Rampun@Ramlan serta pustakawan dan staf perpustakaan di sana.
Sesi bersama Ketua Pustakawan UiTM dan staf perpustakaan juga telah diadakan sebagai satu sesi dimana perbincangan dan bertukar pendapat sesama staf dapat diadakan. Beliau turut berkongsi dan menerangkan mengenai kepentingan perpustakaan dan perlu selari dengan peranan PTAR ke arah Globally Renowned University (GRU2025) dan ke arah menjadikan PTAR sebagai perpustakaan terkemuka di dunia.
Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman dan Ts. Hj. Azizi bin Hj, Jantan juga telah dibawa melihat kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk warga kampus dalam memastikan perpustakaan menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif untuk pelanggan perpustakaan.
Catat Ulasan