1 Rabiulakhir 1446H | 4 Oktober 2024


Alhamdulillah, hari yang sungguh bermakna bagi Perpustakaan Tun Abdul Razak. Dikunjungi tetamu istimewa Y.A.D. Dato' Setia Profesor Madya Dr. Haji Anhar bin Haji Opir, Mufti Negeri Selangor dan YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin bin Sahib, Naib Canselor UiTM dan yang berada di rumah ilmu ini dalam Bicara Kepimpinan sempena Karnival Jawi UiTM 2.0.

Naib Canselor UiTM membincangkan Peranan Institusi Pendidikan Tinggi Terhadap Kelestarian Tulisan Jawi dan Mufti Negeri Selangor membawakan perkongsian ilmu bertajuk Pembudayaan Tulisan Jawi Dalam Perkembangan Ilmu dan Budaya di Malaysia. Ternyata, usaha menyemarakkan dan membudayakan tulisan jawi perlu lebih konsisten agar penggunaannya meningkat pada tahap yang lebih baik.

Bertepatan dengan hasrat ini, Perpustakaan Tun Abdul Razak berusaha membangunkan Koleksi Khas Jawi bermula awal tahun 2024 dan telah mempunyai 850 naskhah sumbangan warga UiTM, alumni dan komuniti sehingga pada hari ini. Kami amat berbesar hati, Koleksi Khas Jawi ini dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM dan Mufti Negeri Selangor sejurus tamat Bicara Kepimpinan pagi tadi sekaligus melakar sejarah dalam hala tuju Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Seni Khat Jawi serta ucapan penghargaan kepada semua rakan kolaborasi yang menjayakan Karnival Jawi 2.0 kali ini iaitu Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM, Dewan Bahasa & Pustaka, PENJAWIS dan Taman Pustaka.

Insya-Allah semoga ada rezeki untuk bertemu lagi pada tahun akan datang dengan pengisian yang lebih mantap dalam usaha membudayakan tulisan jawi dalam kalangan warga UiTM.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa
#jawi










Post a Comment

Terbaru Lebih lama