8 Rabiulakhir 1446H | 11 Oktober 2024

Sempena inisiatif “Budaya Ilmu”, Perpustakaan Undang- Undang (PTUU) telah menganjurkan satu sesi ilmu bertajuk "Advokasi Kepenggunaan: Pengguna Bijak, Berani Bertindak" di perpustakaan PTAR Undang-Undang pada hari Jumaat. Program yang bermula pada jam 10.00 pagi ini menampilkan Pn. Mastini Binti Awang Besar, Ketua Seksyen Tribunal Tuntutan Pengguna Cawangan Selangor sebagai penceramah utama.

Program ini bertujuan untuk memperkasakan pengguna dengan meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab mereka. Dengan tema "Pengguna Bijak, Berani Bertindak", Puan Mastini menekankan kepentingan membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam dunia pengguna yang semakin kompleks hari ini. Beliau turut berkongsi strategi-strategi penting dalam memahami hak pengguna serta langkah-langkah yang sesuai untuk diambil sekiranya berlaku penipuan atau ketidakadilan.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha PTAR Undang - Undang untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan mampu melindungi diri daripada penipuan dan sekaligus dapat menyedarkan pengguna. Ia juga menggalakkan para pelajar supaya menjadi pengguna yang proaktif dan berwaspada.

#uitmdihatiku
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMadani
#perpustakaanuitm
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa

Post a Comment

Terbaru Lebih lama