18 Februari 2025 | 19 Syaaban 1446H

Alhamdullilah, hari ini menerima kumpulan sahabat seramai 9 orang dari Knowledge Management Centre, Inceif University di rumah ilmu Perpustakaan UiTM yang diketuai oleh Encik Mohd Hasnol Mohd Yunus.

Kali ini, perkongsian ilmu dan rezeki kepakaran untuk dikongsi bersama KMC sebagai panduan membangunkan galeri, arkib dan repositori yang berkualiti.

Pengalaman menerajui pengurusan galeri universiti sedikit sebanyak boleh membantu KMC untuk menyediakan hala tuju yang strategik di samping berfungsi sebagai hub maklumat yang dirujuk.

Matlamat yang jelas juga akan mencorakkan nilai dan keberkesanan ilmu yang disampaikan dalam mengurus galeri yang berimpak kepada universiti dan komuniti. Kami bawakan fungsi tadbir urus yang terbaik melalui Galeri Tun Abdul Razak dan Galeri Tuanku Nur Zahirah.

Semoga pertemuan hari ini membantu KMC melihat gambaran yang terbaik dari sudut profesion kepustakawanan dan pengurus maklumat dalam usaha membina tadbir urus yang terbaik.

#uitmdihatiku

#MalaysiaMadani

#perpustakaanuitm

#pembudayaanilmumembentukadiwangsa



















Post a Comment

Terbaru Lebih lama