Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam terus mengukir kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) i-Team berjaya meraih tiga anugerah utama dalam The 14th International Invention, Innovation & Design Competition (INDES 2025) yang berlangsung pada 26 Jun 2025 bertempat di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Menerusi projek inovatif bertajuk Online Finding Archive: Online Search and Booking System of Archival Materials (OFA), i-Team telah merangkul:

🏆 Diamond Award (Local) – RM1000

🏆 Best of The Best Award (Class A - Professional) – RM500

🏆 Best of Theme – Social Science & Entrepreneurship – RM200

Projek OFA menawarkan satu solusi pintar dan mesra pengguna dalam pencarian serta tempahan bahan arkib secara dalam talian, yang sekaligus memodenkan proses pengurusan koleksi arkib di institusi pendidikan tinggi. Pendekatan ini bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah meningkatkan aksesibiliti kepada sumber maklumat bernilai tinggi.

Kumpulan i-Team dibarisi oleh tujuh ahli yang komited dan penuh semangat inovatif:

  1. Encik Asraf Zamani Bin Hazim (Ketua Kumpulan)
  2. Puan Rapeah Binti Mohd Redzuan (Fasilitator)
  3. Puan Hasnatul Sabarina Binti Amer
  4. Puan Effiza Sazliana Binti Mohd Salleh
  5. Encik Abdul Razak Bin Abdul Rahman
  6. Puan Wan Nur Khalidah Binti Wahed
  7. Puan Murni Binti Othman

Kejayaan ini merupakan pengiktirafan besar terhadap usaha berterusan PTAR dalam memperkasakan transformasi digital serta memperkukuh inovasi dalam bidang kepustakawanan dan pengurusan maklumat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh ahli i-Team! Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan di masa hadapan dan terus mengharumkan nama UiTM di persada inovasi.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama