Sesi ini diselaras oleh Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan, En. Ahamad Zuber, melibatkan lima orang pegawai PTAR. Kehadiran Prof. Madya Dr. S. Salahudin Suyurno, Dekan ACIS, bersama barisan pengurusan tertinggi fakulti menzahirkan komitmen tinggi terhadap usaha kolaboratif rentas jabatan dalam ekosistem universiti.
Antara pengisian utama sesi ini adalah pembentangan mengenai perkhidmatan PTAR, kemudahan akses maklumat, serta sokongan penyelidikan dan pengajaran yang disediakan kepada warga fakulti. Turut diketengahkan adalah pelaksanaan Program Galakan Membaca "1 Warga, 24 Naskhah Bahan Bacaan" yang menyokong pencapaian Petunjuk Prestasi Universiti PI145 – Knowledge Society.
Sepanjang sesi perbincangan selama dua jam, pihak ACIS mengemukakan beberapa cadangan serta mengenal pasti peluang kerjasama berpotensi bersama PTAR, antaranya:
-
Pengukuhan koleksi bahan rujukan bagi Jabatan Halal ACIS
-
Permohonan cadangan bahan rujukan bagi Kursi Pendidikan dan Pengajian Islam
-
Kolaborasi projek khidmat masyarakat seperti bengkel Speed Reading dan Literasi Maklumat
-
Literasi AI untuk pelajar: Menguasai Masa Depan dan Literasi Maklumat kepada pelajar ACIS
-
Cadangan pemindahan kandungan ke Memori UiTM, termasuk maklumat dari media sosial ACIS sebagai tambahan kepada dokumen rasmi
-
Program Delegasi Indonesia (24 Julai 2025) – Lawatan dari Universitas Raden Fatah, Palembang, yang melibatkan 18 sesi pembentangan dan keynote speaker dari ACIS, dengan potensi kerjasama penyediaan ruang dan peralatan seminar oleh PTAR
-
Seminar Pelajar Indonesia (30 Julai 2025) – Seminar berangkai menampilkan pembentangan pelajar Indonesia, dengan cadangan kerjasama PTAR dalam penyediaan fasiliti
-
Projek Transliterasi Bahasa Arab – Projek transliterasi manuskrip Arab dalam simpanan PTAR bersama dua pensyarah kontrak ACIS
-
Projek CSR Repositori bersama institusi Indonesia – Inisiatif pembangunan repositori digital melalui kerjasama dengan institusi Indonesia, dengan penetapan MoU atau LoI yang akan dimuktamadkan melalui perbincangan lanjut semasa lawatan ke UiTM
-
Program Telaah – Teks Klasik bertajuk Fiqh Sembelihan (Fiqh al-Dzabā’iḥ) bersama Dr. Mohd. Dasuqkhi Mohd Sirajuddin
-
Telaah Buku oleh Dekan ACIS – Kesediaan Dekan ACIS menjadi panel program telaah berdasarkan buku hasil penulisan beliau sendiri
-
Permohonan Akaun Turnitin – PTAR bersetuju menyediakan akses Turnitin kepada pensyarah kehormat ACIS mengikut prosedur sedia ada
Sesi berakhir dengan ucapan penghargaan daripada Dekan ACIS, Prof. Madya Dr. S. Salahudin Suyurno, yang menzahirkan harapan agar segala cadangan dapat direalisasikan:
"Saya berharap segala cadangan yang dikemukakan dapat direalisasikan dan tidak terhenti setakat pertemuan ini sahaja. Khususnya, saya amat menghargai inisiatif PTAR dalam usaha kolaborasi dan pemantapan budaya ilmu. Pihak ACIS akan menyebarluaskan maklumat sesi ini kepada seluruh warga UiTM," ujar beliau.
Sebagai simbolik komitmen bersama, sesi Meet & Greet diakhiri dengan penyerahan Warkah Budaya Membaca UiTM oleh Ketua Pustakawan UiTM kepada pihak ACIS. Penyerahan ini menandakan sokongan terhadap pelaksanaan Inisiatif Galakan Membaca “1 Warga, 24 Naskhah”, sekaligus mencerminkan usaha berterusan PTAR dalam membina ekosistem pembelajaran yang aktif dan berbudaya ilmu melalui kerjasama strategik bersama fakulti.
Baca lanjut:
Facebook Perpustakaan UiTM
Instagram
Aplikasi X (Twitter)
Catat Ulasan