14 Ogos 2025 – Dengan semangat PTAR Prihatin, PTAR UiTM Shah Alam menzahirkan keprihatinan dan cakna terhadap kebajikan warganya dengan menziarahi staf yang sedang berdepan ujian kesihatan.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Aznur Umiza Abu Kassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan, diiringi Puan Hanani Rojikan, Ketua PTAR Alam Bina, serta Cik Nurul Hafiza Busra dari Unit Sumber Manusia, mewakili warga PTAR UiTM Shah Alam.

Wakil PTAR telah menziarahi Encik Mohd Silsoh bin Khairol, Pembantu Pustakawan Kanan di Perpustakaan Tun Abdul Razak Alam Bina, yang kini sedang menjalani rawatan dan berehat akibat masalah kesihatan yang dihadapi.

Dalam pertemuan tersebut, pihak pengurusan menyampaikan sumbangan sebagai tanda sokongan moral dan solidariti keluarga besar PTAR. Dengan kehadiran ini diharap dapat memberi semangat dan kekuatan kepada beliau untuk segera pulih.

Seluruh warga Perpustakaan UiTM turut mendoakan kesembuhan beliau dengan doa:


"اللهم رب الناس أذهب البأس، اشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقمًا"

(Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah penyakit, sembuhkanlah dia. Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan penyembuhan dari-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.) – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Semoga Encik Mohd Silsoh segera dikurniakan kesihatan yang baik, diberi kekuatan menghadapi ujian, dan kembali bertugas seperti sediakala.


#PTARPrihatin #PerpustakaanUiTM #KebajikanWarga #DoaKesembuhan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama