Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (PUiTM) dengan penuh bangga merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada:
Kepakaran Dalam Penyelidikan Kualitatif
ATLAS.ti ialah perisian analisis data kualitatif yang digunakan secara meluas oleh penyelidik di seluruh dunia. Pensijilan ini mengesahkan keupayaan Dr Nurul Aida untuk melatih dan membimbing penyelidik menggunakan pendekatan analitik berstruktur dan berimpak tinggi melalui platform ATLAS.ti.
Pengiktirafan antarabangsa ini membuktikan bahawa warga pustakawan UiTM bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal yang tinggi, malah diiktiraf sebagai tenaga pengajar profesional bertaraf global dalam bidang penyelidikan dan analisis data.
Membangun Talent Pool Pustakawan
Sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan kompetensi profesional, Perpustakaan UiTM komited dalam membina "Talent Pool Pustakawan" – iaitu kelompok pustakawan pakar yang menjadi pemangkin kepada transformasi ilmu, penyelidikan dan sokongan akademik dalam era digital.
Dr Nurul Aida merupakan antara contoh terbaik bagaimana seorang pustakawan boleh memainkan peranan sebagai:
📖 PUiTM Sebagai Pusat Ilmu Dinamik
Dengan pencapaian ini, Perpustakaan UiTM terus mengekalkan reputasinya sebagai "Vibrant Centre of Learning" yang bukan sahaja menyediakan sumber maklumat, tetapi juga memacu kecemerlangan ilmu melalui pembangunan kepakaran dalaman dan pengiktirafan profesional.
Kami mendoakan agar Dr Nurul Aida Noor Azizi terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada semua pustakawan dalam mendepani cabaran dunia akademik masa kini.
Catat Ulasan