"Memupuk Kepimpinan Inovatif Dalam Ekosistem Perpustakaan Akademik”
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Kepimpinan Perpustakaan UiTM 2025 (Siri 1) yang bertujuan memperkukuh kompetensi kepimpinan dalam kalangan pustakawan UiTM, khususnya kumpulan pengurusan pertengahan (middle management).
Program ini menjadi wadah strategik untuk membangunkan pemimpin perpustakaan yang berwawasan, berakauntabiliti dan berupaya mengurus perubahan serta mendorong budaya inovasi dan pembelajaran berterusan dalam ekosistem perpustakaan akademik.
Ketua Pustakawan, Universiti Teknologi MARA
Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia
Melalui penganjuran ini, PTAR UiTM menegaskan komitmennya dalam memperkukuh bakat kepimpinan dan daya saing pustakawan selaras dengan aspirasi universiti ke arah Vibrant Centre of Learning.
PTAR akan terus memainkan peranan strategik dalam membentuk kepimpinan perpustakaan yang mampu memacu inovasi, mengurus pengetahuan dan memperkasa komuniti akademik UiTM di era digital.


Catat Ulasan