SHAH ALAM, 9 Oktober 2026 – Sempena Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026, Forum Evolusi 7 Dekad bertajuk “Dua Generasi, Satu Legasi: Mengimbau 7 Dekad Perjalanan UiTM” menjadi wadah perkongsian ilmu yang mengangkat sejarah, kepimpinan dan kesinambungan legasi universiti.

Forum yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Adnan Alias, tokoh kepimpinan dan pembudayaan kualiti UiTM, sebagai panel jemputan.

Sesi ini dikendalikan oleh YM Raja Mohamad Fikri YM Raja Azman, Timbalan Pendaftar Kanan, Pejabat Komunikasi Strategik UiTM Shah Alam, selaku moderator.

Mengangkat perjalanan tujuh dekad UiTM, forum ini membuka ruang untuk menelusuri transformasi institusi, menghargai sumbangan generasi terdahulu serta memperkukuh kefahaman tentang nilai sejarah dalam membentuk identiti dan masa depan universiti.

Dalam konteks pembudayaan ilmu, perpustakaan dan arkib universiti memainkan peranan penting sebagai pemelihara rekod, khazanah intelektual dan memori institusi agar sejarah perjuangan serta pencapaian UiTM terus dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Tujuh dekad bukan sekadar angka, tetapi lambang perjalanan ilmu, perjuangan dan legasi yang terus berkembang.

“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”

Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1C9aqg47H6/
Siaran ulangan: 
https://youtube.com/live/TE6REREz-h4

Post a Comment

Terbaru Lebih lama