SHAH ALAM, 8 Oktober 2026 – Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026 membuka tirainya dengan pengisian intelektual menerusi program Telaah Mega yang mengetengahkan karya Islam and Secularism oleh Allahyarham Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

Sesi wacana yang berlangsung di Dewan Muktamar, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam ini menampilkan Dr. Muhammad Syafiq Borhanuddin, Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sebagai pewacana, dengan Encik Armyn Fahmy bin Mohd Fahmy sebagai kemudi.

Turut hadir ke slot ini Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan dan Prof. Dr. S. Salahudin Suyurno, Dekan ACIS

Perbincangan karya ini mengetengahkan kepentingan memahami hubungan antara agama, ilmu dan pemikiran dalam mendepani cabaran masyarakat kontemporari. Melalui pendekatan telaah buku, program ini menjadi wadah untuk memperluas budaya membaca secara kritis serta menggalakkan penghayatan ilmu yang lebih mendalam.

Penganjuran Telaah Mega mencerminkan komitmen Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dalam memperkasakan peranannya sebagai pusat pengembangan ilmu dan wacana intelektual dalam kalangan warga universiti serta komuniti.

“Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”

Bcaan lanjut: https://www.facebook.com/share/p/1cFpuddXpb/
Siaran ulangan: 
https://youtube.com/live/zlqw6C55rVU 



Post a Comment

Terbaru Lebih lama