Tahniah! eWAVE menerima pingat emas di Seoul International Invention Fair 2008

Seoul International Invention Fair 2008 (SIIF) yang berlangsung pada 11 hingga 15 Disember di Korea Selatan telah melakarkan sejarah buat kumpulan eWAVE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam apabila telah menerima pingat emas dalam pertandingan tersebut. Sekalung tahniah dan syabas untuk kumpulan eWAVE dan semua delegasi UiTM yang menyertai pertandingan tersebut.

Malaysia telah diwakili oleh 69 produk dari pelbagai Universiti manakala UiTM diwakili oleh 13 produk. Terdapat 34 negara menyertai pertandingan ini.

Alhamdullillah sekali lagi dengan izin Allah pada 14 Disember 2008 jaml 7.00 petang (waktu Seoul) eWAVE telah dinobatkan pingat EMAS sekaligus mengharumkan nama Perpustakaan dan UiTM.

Berikut adalah keputusan keseluruhan delegasi dari UiTM :

1. A Computer Adaptive Multiple Choice Assessment For Learning (Dr. Lau) - SILVER
2. Fun Iqra (Asrol) - BRONZE
3. Computer Lab Information System (eWAVE) - GOLD
4. e-Village (Samsudin) - SILVER
5. SIC Grid (Masetah) - BRONZE
6. DirecTouch (Dr. Norazam) - BRONZE
7. Chemflore : A Potential Novel Proapoptotic Anticancer Agent (Dr. Kalavathy)- GOLD
8. Rains (Dr. Siti Salwa)- SILVER
9. Curcum Self Nano (Tommy)- BRONZE
10. System Automated Route Tracking (Dr. Jasmee)- SILVER
11. Novel Palm Tocotrienol Nanophase Gel (Tommy) - BRONZE
12. Biocomposite Tile - Utilization of M'sia Coconut Coir (Prof. Dr Suhaimi)- BRONZE
13. eMINs Perdana UiTM (Dr. Rozainun)- BRONZE

Secara keseluruhannya Malaysia menghantar 69 produk dan keputusannya adalah :

EMAS - 18 produk
PERAK - 27 produk
GANGSA - 19 produk

Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada kita dalam menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk UiTM.

Maklumat lanjut sila layari RMI (Research Management Institute) website

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.