PTAR mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada seluruh warga PTAR dan warga PUiTM Negeri atas kejayaan mengekalkan AUDIT BERSIH dan sekaligus memperolehi Persijilan ISO 9001:2008.

Syukur, Alhamdulillah Perpustakaan UiTM telah berjaya melepasi Audit Persijilan Semula 9001:2008 dengan AUDIT BERSIH di kelima-lima lokasi PUiTM iaitu di Perpustakaan Tun Abdul Razak, PUiTM Johor, PUiTM Pahang, PUiTM Pulau Pinang dan PUiTM Perlis sebagai mewakili keseluruhan Sistem Pengurusan Kualiti Perpustakaan UiTM dari tarikh 3 hingga 17 Mac 2009 yang lalu.


Sehubungan itu, pihak Unit Pengurusan Kualiti, PTAR mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada seluruh warga PTAR dan warga PUiTM Negeri atas kejayaan mengekalkan AUDIT BERSIH dan sekaligus memperolehi Persijilan ISO 9001:2008.

Di kesempatan ini juga, pihak Unit Pengurusan Kualiti, PTAR merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga PTAR serta warga PUiTM Negeri yang terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa proses pengauditan dibuat. Semoga segala bantuan, kerjasama dan sokongan sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan kebaikan yang berlipat ganda.




Post a Comment

Terbaru Lebih lama