Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
Untuk makluman warga PTAR, Biro Latihan Jawatankuasa Induk 5S PTAR akan menganjurkan program 5S PTAR 2009 "Sihat & Cergas" pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 16 Jun 2008 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Dataran Menara SAAS & Bilik Pantry, PTAR 1
Aktiviti : Program Senamrobik & Aktiviti Gotong Royong PTAR

Aturcara:

8.00 am - Pendaftaran staf PTAR
(di ruang legar hadapan Galeri )
8.25am - Bacaan Doa
8.30 am - Acara Senamrobik
9.30am - Sarapan Pagi
10.00 am – 1.00 tghari - Aktiviti gotong royong (pembersihan kawasan ruang kerja)

Oleh yang demikian, kehadiran seluruh warga PTAR adalah DIWAJIBKAN. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang bertugas di kaunter perkhidmatan, menduduki peperiksaan jabatan dan staf yang sedang berkursus.

NOTA :
1) Setiap Jabatan/Bahagian diminta menghantar SEORANG WAKIL bagi mengambil sarapan pagi & makanan tengahari berbungkus yang telah disediakan oleh pihak AJK
2) Plastik sampah hitam akan diagihkan kepada semua bahagian. Peralatan tambahan (cth: kain buruk, penyapu, mop, ..etc.) perlulah dibawa oleh bahagian masing-masing)
3) Mohon kerjasama semua staf memakai pakaian sukan bertemakan warna MERAH & OREN.
4) Ketua Kumpulan 5S hendaklah memastikan penglibatan serta kehadiran setiap ahli kumpulan sepanjang program ini berjalan.

Kerjasama serta penglibatan warga PTAR amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama