Simulasi Haji (Praktikal) ditunda kepada 06 November 2009

Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia akan menganjurkan Pameran Perpustakaan Tun Abdul Razak Bersama Lembaga Tabung Haji Malaysia “ Pelaburan Dunia & Akhirat” “Pengendali Urusan Haji Anda” bermula pada 12 Oktober 2009 sehingga 12 November 2009 bertempat di Aras 2, PTAR 1 bermula pada pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang.

Untuk makluman, objektif pameran ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran & maklumat berkenaan fungsi dan peranan Lembaga Tabung Haji Malaysia serta memberi pendedahan & penghayatan kepada warga UiTM berkenaan pengurusan ibadat haji secara teori & praktikal.


Antara aktiviti yang akan berlansung sepanjang pameran adalah seperti berikut:-


Simulasi Haji (Praktikal)
03 November 2009 ditunda kepada 06 November 2009
9.00 pagi- 10.00 pagi, Dataran Menara SAAS

Bagi setiap sesi ceramah yang akan diadakan, kehadiran staf akan diambil untuk dimasukkan ke dalam pengiraan jam latihan pada tahun ini.

Untuk makluman, sesi Simulasi Haji pada 06 November 2009 adalah latihan praktikal yang akan dijalankan oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia di Dataran Menara SAAS. Mohon kerjasama kepada yang berminat untuk membawa kain putih atau tuala putih bagi lelaki dan telekung sembahyang bagi perempuan. Diharap warga UiTM dapat menghadirkan diri dalam sesi ini.

Sokongan, penglibatan dan penyertaan tuan/puan dalam aktiviti-aktiviti pameran ini amat diperlukan bagi meningkatkan ilmu dan kesedaran sebagai umat Islam di dalam menyempurnakan tuntutan rukun Islam yang kelima.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.