Invention, Innovation & Design 2010 (IID 2010)

SHAH ALAM 14 Jan. - Kumpulan KIK e-WAVE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah berjaya memperolehi Anugerah Khas Timbalan Naib Cancelor dalam Invention, Innovation & Design (IID) 2010 dimana upacara penyampaiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri, MOSTI bagi anugerah khas manakala penyampaian pingat emas yang lain disempurnakan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor, UiTM.


Manakala Kumpulan KIK SOVLE telah memenagi pingat gangsa.

Alat pengesan virus cirit-birit 'RoNo Quick' ciptaan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Zuridah Hassan menggondol dua anugerah pada Majlis Rekacipta, Inovasi dan Rekabentuk (IID) 2010 yang berlangsung di kampus UiTM di sini hari ini.

Dua anugerah itu ialah Anugerah Utama IID 2010 dan Anugerah Berlian Kategori Staf.

Kejayaan itu membolehkan Zuridah yang bertugas di kampus UiTM cawangan Puncak Alam membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, piala iringan dan sijil.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof dengan disaksikan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.