
Dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Misi Akademik FPM, Persatuan Pelajar FPM (IMSA), MPP dan AIMS telah menganjurkan satu program Karnival @ Puncak di perkarangan Kampus UiTM Puncak Perdana. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya pertandingan futsal, gerai jualan, pertandingan menghias kek, pameran akademik fakulti, persembahan pelajar, pertandingan melukis/mewarna dan kempen menderma darah.

Program ini telah berlangsung pada:
Tarikh : 27 Mac 2010 - 28 Mac 2010
Masa : 8.00 pagi - 9.00 malam
Tempat : Tempat letak kereta dan sekitar UiTM Puncak Perdana
(Sumber dari blog Kelab Kakitangan FPM)
Catat Ulasan