Hari Mesra
Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4   diadakan pada 22 September - 23 September 2010 bertempat di Foyer Perpustakaan Tun Abdul Razak 3 & 4, Menara S&T, UiTM Shah Alam. Dengan bertemakan “Mesra@PTAR”, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan mendekatkan pelanggan dengan pihak perpustakaan.

Setiap bahagian di perpustakaan akan  menyediakan maklumat di booth masing-masing bagi memperkenalkan fungsi utama mereka kepada pelanggan UiTM. Antara aktiviti menarik yang bakal menemui warga UiTM adalah:
  • Ceramah Motivasi : Rahsia Lulus Temuduga
  • Pameran Buku
  • Klinik Pangkalan Data Dalam Talian
  • Aktiviti Bersama Pengunjung (Siapa Cekap & Cepat, Roda Ilmu, Kuiz kenali perpustakaan anda & Book Hunt)
Pengunjung yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan cepat akan menerima hadiah yang menarik. Semua aktiviti ini akan berlangsung bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Semua warga UiTM dijemput hadir.


Post a Comment

Terbaru Lebih lama