Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan sistem & Teknologi Maklumat (JPSTM) PTAR akan menganjurkan program Kursus ICT. Butir-butir program adalah seperti berikut :
Kursus ICT Siri 1.
Tarikh : 14 - 15 Disember 2010 (Selasa - Rabu)
Tempat : Pusat IT
Masa : 8.30pg - 5.00 ptg
Penceramah : EN. HAMIDI, HJ. AZIZI, PN RIZANA dan EN FAIZAR. Mereka akan dibantu oleh fasilitator.
Kursus ICT Siri 2.
Tarikh : 21 - 22 Disember 2010 (Selasa - Rabu)
Tempat : Pusat IT
Masa : 8.30pg - 5.00 ptg
Penceramah : EN. HAMID, EN. NAZRI dan EN FAIZAR. Mereka akan dibantu oleh fasilitator.
Tajuk Kursus | Kursus ICT (perisian dan perkakasan) Staf Perpustakaan UiTM Shah Alam |
Pengenalan | ICT telah banyak membantu manusia dalam aktiviti kehidupan yang menjadikan kerja-kerja mereka lebih efektif dan boleh dipercayai. Di antara aktiviti yang telah mendapat manfaat ICT adalah aktiviti perniagaan, perbankan, pentadbiran, kejuruteraan, seni bina, pendidikan, pertahanan dan banyak lagi. Tidak ketinggalan pula aktiviti-aktiviti dalam perkhidmatan perpustakan kepada pelanggan melalui kemudahan ICT. |
Definisi Maklumat | Menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997), "Information can be defined both structurally and functionally. Structurally it is a system of encoding a message so that it can be stored, retrieved and manipulated, and functionally it is something that alters a person's cognitive organisation". Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. |
Definisi ICT | ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat |
Fungsi & Kepentingan ICT | 1. Memberi panduan secara berkesan untuk mendapatkan sesuatu bahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh PTAR. 2. Memudahkan pencarian sesuatu bahan atau sumber maklumat dengan cekap dan berkesan. 3. Membantu di dalam mengenalpasti lokasi sesuatu bahan yang dikesan. 4. Memberitahu perhubungan di antara sesuatu bahan atau sumber maklumat dengan bahan atau sumber maklumat yang lain. 5. Menyediakan suatu pandangan yang menyeluruh kepada pengurusan ICT |
Objektif Kursus | 1. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pengurusan Sistem & Teknologi Maklumat 2. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pengurusan Sistem Perpustakaan 3. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pembangunan Sumber Digital Koleksi Perpustakaan (Pendigitan) 4. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pembangunan Sumber Digital Koleksi Perpustakaan (Pendigitan) 5. Untuk memberi kefahaman dan kemahiran mengenai aspek-aspek Pembangunan Dan Penyelidikan Sistem Perpustakaan. |
Catat Ulasan