Program Ilmu Mengubah Destini anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, bersama Perpustakaan Kampus UiTM Segamat dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan salah satu aktiviti yang menyokong kepada Program Mengubah Destini Anak Bangsa UiTM.
Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Pusat Sumber Sekolah sempena Program Ilmu Mengubah Destini 2011 ini akan diadakan di SMK Pasir Gudang, Johor pada hari Ahad bersamaan dengan 3 April 2011. Majlis Perasmian ini akan dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin.
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN KEMUNCAK PROGRAM ILMU MENGUBAH DESTINI & ANUGERAH
KECEMERLANGAN PELAJAR SMK PASIR GUDANG.
AKTIVITI | |
9.00 pagi | -Ketibaan para guru/pelajar/ibubapa |
9.45 pagi | -Ketibaan tetamu jemputan |
10.00pagi | -Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi |
10.15pagi |
-Majlis bermula
*Nyanyian lagu Negaraku *Bacaan doa *Ucapan Naib Canselor UiTM Yang Berbahagia Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc *Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Yang Berhormat Dato’ Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin * Simbolik perasmian *Tayangan multimedia |
10.45pagi | -Penyampaian anugerah pelajar cemerlang PMR & SPM 2010 |
11.15pagi | -Penyampaian anugerah pusat sumber cemerlang sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang,Johor |
11.25pagi | -Simbolik penyerahan pusat sumber sekolah sebagai anak angkat kepada perpustakaan,UiTM Johor |
11.30pagi | -Penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Menteri |
11.35pagi | -Lawatan ke pusat sumber SMK Pasir Gudang dan sidang media |
12.00tgh | -Makan tengahari dan bersurai |
Catat Ulasan