20110527gangguanelektrik
 

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK KESELURUHAN KAMPUS UiTM SHAH ALAM SELANGOR.

Adalah dimaklumkan bahawa, kerja-kerja naiktaraf di Pencawang Masukan Utama 33kV di UiTM Shah Alam, sedang giat dijalankan.  Apabila kerja yang melibatkan pemasangan 33kV panel GIS
dijalankan, pihak PPF terpaksa menurunkan/mengecilkan bekalan elektrik ke seluruh bangunan di dalam kampus. Oleh kerana hanya Dua (02) daripada Empat (04) transformer yang akan berfungsi
pada masa itu. Bekalan elektrik di seluruh bangunan di dalam kampus akan terganggu seketika semasa proses pensuisan ( Switching ) dijalankan dalam tempoh berkenaan,  tetapi penggunaan
luar biasa adalah dilarang  kerana dikhuatiri akan menyebabkan geganti lebihan beban/arus terpelantik ( Over Current trip ). Jika ini berlaku, keseluruhan bangunan akan mengalami gangguan
bekalan elektrik.

Pengurangan bekalan akan berlaku pada tarikh-tarikh berikut:-

TARIKH : 27/05/2011 (mulai 6.00 petang) SEHINGGA  30/05/2011 (1.00 pagi )
TARIKH : 01/06/2011 (mulai 8.00 pagi) SEHINGGA 13/06/2011 (1.00 pagi )

SILA PASTIKAN SEMUA KOMPUTER DAN PERALATAN ELEKTRIK DI MATIKAN SEMASA CUTI ATAU TIDAK DIGUNAKAN.

http://library.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_jevents&task=icalrepeat.detail&evid=73&Itemid=148&year=2011&month=05&day=27&title=notis-gangguan-bekalan-elektrik&uid=876a5b9db2eb5064ac487bedab938e7e

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Post a Comment

Terbaru Lebih lama