20110708aadkweb
Jemputan ke Program Tomorrows Leader Sempena Sambutan Hari Anti Dadah Antarabangsa
Anjuran Bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Petaling
Sukacita dimaklumkan bahawa PTAR UiTM Shah Alam dengan kerjasama AADK Daerah Petaling akan mengadakan program Tomorrows Leader seperti ketetapan berikut: -
    Tarikh     : 08 Julai 2011 (Jumaat)
    Masa         :  9.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat     : Ruang Legar PTAR 1
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memastikan para pelajar dan warga UiTM mempunyai pengetahuan, kesedaran dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah agar dapat mewujudkan Masyarakat Bebas Dadah 2015.
Sehubungan dengan itu, semua warga UiTM adalah dijemput untuk berkunjung ke Program tersebut dan menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Tomorrows Leader & Ceramah "Public Health Care & Drugs" seperti ketetapan berikut:-
    Tarikh        : 08 Julai 2011 (Jumaat)
    Masa        : 2.30 petang - 5.00 petang
    Tempat     : Ruang Legar PTAR 1
Untuk makluman, kehadiran staf ke Majlis Perasmian Penutup & Ceramah Public Health & Drugs akan diambil dan dimasukkan ke dalam jam latihan tahunan tuan/puan. Sehubungan itu, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi program ini dan sertai & menang pelbagai aktiviti menarik lain yang disediakan sepanjang 1 hari ini. Sila layari Portal PTAR untuk maklumat aktiviti program ini http://library.uitm.edu.my/v1/news-a-event/news-a-event/icalrepeat.detail/201...
p/s: Minum petang disediakan.
20110708aadkposter

Post a Comment

Terbaru Lebih lama