Siri Jerayawara Informasi Perpustakaan Bersama Fakulti Perladangan & Agroteknologi

Jerayawara2011

Nama Program : Siri Jerayawara Informasi Perpustakaan Bersama  Fakulti Perladangan & Agroteknologi
Masa : 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Tempat 
: Bilik Mesyuarat UIC, UiTM Shah Alam

Jerayawara informasi adalah satu program di mana pihak perpustakaan bergerak secara berkumpulan mengunjungi fakulti-fakulti, pusat dan bahagian yang terdapat di UiTM bagi menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara pihak perpustakaan dan pihak fakulti, pusat dan bahagian. 

OBJEKTIF

1 . Matlamat utama program ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga UiTM.
2 . Berkongsi maklumat bersama pihak fakulti berkaitan sumber-sumber maklumat yang berkaitan dan sesuai untuk fakulti yang terdapat di perpustakaan yang boleh membantu sistem pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan fakulti berkenaan.
3 . Mengenalpasti keperluan maklumat pihak fakulti, pusat dan bahagian.
4 . Mendapatkan maklumbalas dan pandangan dari pihak fakulti, pusat dan bahagian bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan perpustakaan adalah bersesuaian dan berkualiti.
5 . Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan literasi maklumat kepada warga UiTM.

 

http://library.uitm.edu.my/v1/news-a-event/news-a-event/icalrepeat.detail/2011/08/11/104/-/siri-jerayawara-informasi-perpustakaan-bersama-fakulti-perladangan-a-agroteknologi.html

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.