Lawatan Penandaarasan di Perpustakaan UM

Pada 20hb. September, 2011 (Selasa), wakil Pustakawan dari setiap bahagian telah menyertai lawatan ini bertujuan berkongsi sumber ilmu maklumat di perpustakaan tersebut dan juga dalam masa yang sama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan UiTM.

 

Penyertaan ini turut disertai Pemangku Ketua Pustakawan, PTAR iaitu En. Noor Hidayat Adnan dan beberapa Timbalan Ketua Pustakawan yang lain termasuk Ketua Jabatan Pelanggan iaitu Pn. Roslina Mohamad Ali.

 

Sesi taklimat dimulakan terlebih dahulu dan seterusnya lawatan mengikut bahagian masing-masing. Antara yang menarik yang dapat dilihat di sini ialah :


1.     Mewujudkan zon-zon tertentu untuk mengawal pengguna yang berada di dalam perpustakaan.

2.          Menyediakan kerusi khas untuk pengguna istimewa.

3.  Mewujudkan printer wireless untuk kemudahan pengguna dan juga mempromosikan perkhidmatan.

4.          Mempamerkan bidang-bidang, aras tertentu dan petunjuk untuk kemudahan pencarian bahan.

5.          Menyediakan perkhidmatan water cooler kepada pengguna.

6.          Makluman kepada pengguna.

7.          Learning Commons

 

Foto : Lawatan Penandaarasan di Perpustakaan UM






[[posterous-content:pid___0]]

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.