Hariit-infotech2010
Temui kami di Booth No. 15 (PTAR) di Hari IT / InfoTech UiTM 2011 untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan

Tarikh : 10 dan 11 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam

http://www.uitm.edu.my/ind ex.php/en/upcoming-events/ 507-hari-infotech-2011

Hari IT UiTM 2011 ini dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor (PNC) Pembangunan, Fasiliti dan InfoTech. Program ini  berlangsung selama 2 hari yang melibatkan pemain-pemain industri ICT seperti Hewlett – Packard (HP), Intelligence Business Machine (IBM), Oracle, CISCO dan banyak lagi.

Disamping itu juga, orang ramai, kakitangan dan pelajar UiTM berpeluang untuk memberi maklumbalas, bertanya soalan dan bertemu sendiri dengan para pentadbir sistem-sistem utama universiti seperti Sistem Maklumat Pelajar (SIMS), Sistem Maklumat Kewangan (FAIS), Sistem Pengurusan Maklumat Staf (STARS), Sistem Pengurusan Facilities (FMS) di booth 17 Pejabat Teknologi Maklumat (Infotech) .

Kepada para pensyarah, staf pentadbiran dan pelajar yang mempunyai minat atau terlibat secara langsung di dalam dunia ICT, bolehlah menghadiri Technology Talk dan Technology Update yang akan disampaikan oleh penceramah dari pemain utama ICT. Pelbagai tajuk taklimat yang menarik akan disampaikan berhubung isu semasa ICT.

Para pengunjung turut berpeluang untuk melihat sendiri keadaan dan suasana Pusat Data Universiti pada 2 hari tersebut. Pihak InfoTech menyediakan bas ulang-alik (shuttle bus) ke Pusat Data Universiti.

Pada hari ke 2, satu wawancara akan diadakan bersama Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof. Dr. Ir Sahol Hamid Abu Bakar FASc.

Cabutan bertuah juga  di adakan pada hari tersebut. Seperti kawan kita staf PTAR yang bertuah ini telah mendapat Samsung GalaxyTab 10 in. Tahniah

Samsunggalaxytab10

Masuk adalah percuma. Untuk keterangan lanjut, layari http://infotech.uitm.edu.my/
atau emelkan ke hit2011@salam.uitm.edu.my. Anda juga boleh menghubungi hot line InfoTech 03 -5544 2203.

http://infotech.uitm.edu.my/v1/images/stories/hit2011.pdf

http://www.uitm.edu.my/index.php/en/upcoming-events/507-hari-infotech-2011

Selain dari itu anda juga boleh ke Campus Youth PC Carnival  banyak barang dijual. laptop,kamera,handpone, ipad pun ade! sume dgn harga berpatutan pulak  tu

Tarikh : 10 dan 12 Oktober 2011
Masa : 9:00 pagi hingga 5:30 petang
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam 

Get  your IT Gadgets at PC Carnival

Hit2011pccarnival

http://www.facebook.com/UnicomCampusYouthClub
http://unicommarketing.com.my/

 

 

Posted via email from perpustakaanuitm's posterous

Post a Comment

Terbaru Lebih lama