Sukacita dimaklumkan Perutusan Pentadbiran Tahun 2012 akan disampaikan secara bersama oleh YBhg. Dr. Hjh. Zahrah Mokhtar, Pendaftar UiTM, Encik Sanip Wahid, Bendahari UiTM dan Encik Noor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan UiTM.
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan semua staf pentadbiran dipersilakan hadir ke sesi perutusan tersebut seperti butiran berikut :Tarikh : 08 Februari 2012 (Rabu)
Masa : 7.45 pagi (Pendaftaran)
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM
Untuk makluman YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kehadiran semua staf akan didaftarkan secara atas talian ke dalam log latihan masing-masing. Walau bagaimanapun, pengecualian boleh diberikan kepada 1-2 orang staf untuk berada di pejabat semasa majlis berlangsung.
ATURCARA PROGRAM
7:45 pagi : Pendaftaran peserta
8:20 pagi : Ketibaan Y.Bhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar,Pendaftar UiTM
Ketibaan Y.Bhg. Encik Sanip Wahid Bendahari UiTM
Ketibaan Y.Bhg. Encik Noor Hidayat Adnan Ketua Pustakawan UiTM
8:30 pagi : Lagu NegaraKu dan
Wawasan Setia Warga UiTM
Bacaan Doa
8:45 – 9:45 pagi : Ucapan Y.Bhg. Encik Noor Hidayat Adnan
Sesi soal jawab
9:45 – 10:45 pagi : Ucapan Y.Bhg. Encik Sanip Wahid
Sesi soal jawab
10:45 – 11:45 pagi : Ucapan Y.Bhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar
Sesi soal jawab
Catat Ulasan